Amiruddin Kemuka Rayuan Kes Noraida Dengan Adi Putra Agar Dibuka Semula

IMG-20131220-WA0000

Bertempat di Jabatan Peguam Negara Malaysia,Putrajaya sebentar tadi, bekas suami Noraida Abd. Mutalib, 29, iaitu Amiruddin Othman,56, telah membuat representasi diatas kes yang telah di NFA pada 2/12/2013 yang lepas.

IMG-20131220-WA0001

Rayuan ini dibuat kerana beliau ingin mendapatkan keadilan dan pembelaan berdasarkan peruntukkan undang-undang yang sedia ada.Ini kerana perhubungan beliau dan Noraida telah pun berakhir dengan penceraian dua hari lepas.

Noraida dan Adi Putra selalu berhubung antara satu sama lain menggunakan Whatsapp.Persetujuan rayuan ini dipersetujui oleh bekas isteri beliau.Jika rayuan ini tidak diteruskan,maka bekas isteri beliau Noraida akan berasa hanya beliau seorang sahaja yang bersalah.Amiruddin juga memberitahu bahawa bekas isteri beliau itu akan sedia membantu jika siasatan dilakukan semula.Segala detail mengenai whatsapp antara Adi Putra dan Noraida bakal diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya.

Amiruddin Dan Noraida
Amiruddin Dan Noraida

Pada khamis lepas,dalam satu sidang akhbar Adi Putra telah memaklumkan bahawa kes beliau telahpun digugurkan dan diklasifikasikan sebagai ‘NO FURTHER ACTION’(NFA) atau tindakan selanjutnya,bermaksud tiada tindakan apa apa ke atas diri beliau.

Check Also

Apak bersama KAPAK meneruskan perjuangan muzik rock Malaysia ke pasaran antarabangsa.

KAPAK JADI TARUHAN APAK PERJUANG MUZIK ROCK MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Tidak semua perjalanan dalam dunia muzik hadir dengan jalan mudah. Bagi Apak, …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …