Ana Raffali Bercinta?

Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau lebih dikenali dengan nama pentas Ana Raffali kini dilaporkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yang juga teman di universiti satu ketika dulu.

Dipetik daripada Berita Harian, penyanyi “Tolong Ingatkan Aku” mengakui dia seorang yang sukar difahami tetapi lelaki ini berjaya mengambil hati dan memahaminya, sekaligus melengkapkan hidupnya.

“Saya suka sikapnya yang memahami karier dan kehidupan saya sebagai seorang artis. Kami sudah berkenalan lebih kurang enam tahun lalu tetapi sebagai teman rapat sahaja. Saya tidak menyangka persahabatan tersebut boleh melangkah ke hubungan yang lebih serius,” ujar penyanyi yang sentiasa tampil dengan baju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.

Malah pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 ini turut memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga memandangkan sudah berusia 26 tahun. Namun dia menegaskan bukan dalam tempoh terdekat ini.

“Saya serahkan kepada ketentuan Ilahi dan doakan yang terbaik sahaja,” kata Ana lagi yang turut memberitahu tidak kisah jika jodohnya tiba di saat karier sedang meningkat.

 

 

Check Also

Revenge of the Rats 2026 menampilkan Carburetor Dung, Naked Butterfly, Mutilation dan Projekt A.K.

REVENGE OF THE RATS 2026 KEMBALI HIDUPKAN NOSTALGIA MUZIK UNDERGROUND

KUALA LUMPUR  – Selepas lebih tiga dekad mencipta sejarah, Revenge of the Rats 2026 kembali …

Shah Sidious, Apek Tebabo! dan Abg Lampu berkongsi ilmu audio dalam Gear Nerds Meetup Vol. 3.

GEAR NERDS MEETUP SATUKAN OTAI MUZIK, KONGSI RAHSIA TONA GITAR

KUALA LUMPUR – Gear Nerds Meetup mempertemukan komuniti muzik menerusi perkongsian ilmu teknologi audio. Berlangsung …