Andra And The Backbone Bakal Temui Peminat Di Malaysia Disember Ini

Mungkin hanya sebahagian peminat muzik di Malaysia yang menyedari akan kewujudan band Andra & The Backbone apatah lagi menyimpan hasil karyaan yang juga merupakan ‘pendukung’ Dewa 19.Namun jika anda adalah kelompok Baladewa dan Baladewi (panggilan untuk peminat Dewa 19), sudah pasti nama Andra sudah biasa terungkap di bibir.

Walaupun muzik Andra & The Backbone sedikit berat berbanding Dewa 19, band ini ada persamaan terutama dari segi lirik cinta puitis.Vokal Dedy yang ‘husky’ juga dilihat sesuai dengan gubahan muzik Andra & The Backbone. Dalam erti kata lain, gabungan idea Andra, Dedy dan Stevie yang juga anggota band death metal Deadsquad memberi pelbagai warna dalam band ini.Mungkin ada yang tidak tahu, band yang ditubuhkan pada 2006 ini sudah enam kali membuat persembahan di Kuala Lumpur.

Kali terakhir mereka menggalas tugas sebagai ‘opening Act’ untuk konsert Dewa 19 yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada tahun 2019.Setelah 17 tahun membina empayar, ‘Andra & The Backbone’ sekali lagi di beri ruang untuk ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’.

Konsert anjuran Qew Communications Sdn Bhd atau Qew Comm itu di jadual bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Disember nanti.Bagi pihak Qew Comm, pihaknya melahirkan rasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Andra yang juga merupakan salah seorang gitaris Dewa 19. Selain itu mereka juga percaya bahawa Andra & The Backbone punya kelompok peminat mereka sendiri.

Mereka juga percaya bukan hanya kelompok peminat rock tetapi peminat muzik ‘berat’ juga bakal hadir ke konsert itu nanti kerana ukhwah di kalangan mereka cukup kuat.Menerusi jenama Andra And The Backbone mereka telah mengeluarkan empat album iaitu “Andra and the Backbone” pada tahun 2007, “Season 2 ” (2008) , “Love, Faith & Hope” (2010) serta album kompilasi “The Best Of Republik Cinta” (2011) .Lagu hits mereka iaitu Sempurna yang diperkenalkan kembali oleh Gita Gutawa, “Lagi Dan Lagi”, “Dan Tidurlah”,  “Terdalam” , “Perih” , serta “Dengarkan Aku.Bagi anda yang menggemari lagu-lagu yang sarat dengan mesej tersirat, ini peluang untuk menyaksikan kehebatan Andra dengan lebih dekat, apatah lagi beliau memilih untuk jadi anggota paling pendiam jika beraksi bersama Dewa19.

Konsert ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’ bakal merungkai sisi sebenar Andra, Stevie dan Dedy yang pasti memberi momen indah dan lebih ‘intim’ sekaligus memaku kesempurnaan Andra & The Backbone.Tiket dengan harga RM169 (CAT 1), RM139 (CAT 2), RM289 (CAT 3), RM229 (CAT 4) dan RM4,000 (VIP) akan mula dijual bermula 12 Okt ini di myticket.asia

Check Also

Luqman Podolski mempromosikan single Ayah sempena Hari Bapa 2026

SINGLE “AYAH” ANGKAT REALITI KEHIDUPAN DALAM KARYA TERBAHARU LUQMAN PODOLSKI

Bersempena sambutan Hari Bapa yang diraikan pada 21 Jun 2026, Luqman Podolski tampil dengan karya …

Ammar Haikal melancarkan single debut Gila Bayang

AMMAR HAIKAL LANCAR SINGLE DEBUT GILA BAYANG, CETUS FENOMENA AWAL DI TIKTOK

Penyanyi baharu Ammar Haikal secara rasmi melancarkan single debutnya berjudul Gila Bayang, sekali gus membuka …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *