‘Apa Celoq Toqq’

Di Pawagam : 25 Oktober 2012

Pengarah : Ahmad Idham

Pelakon : Hazama Azmi,Intan Ladyana,Azad Jazmin,Taiyuddin Bakar,Elly Feliziana

Sinopsis 

HAZAMA seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, TAPAI. HAZAMA bekerja di bengkel membaiki motorsikal, sering bersama menghadapi karenah TAPAI yang berhutang dengan samseng, BLACK, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan. Pada masa yang sama, LAILA, seorang wartawan, telah ditukarkan ke bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika operasi yang melibatkan anggota polis tidak lama dulu.

Selepas itu, kehidupan HAZAMA berubah apabila bertemu dengan ABANG SAMAD, seorang lelaki yang hidup keseorangan. Pada awal pertemuan, HAZAMA merasakan lelaki itu hidup dengan penuh keegoan. Pada masa yang sama, TAPAI meminta bantuan teman wanitanya, JUITA, dalam membantu melunaskan hutang kepada BLACK.

Masa berlalu, apabila HAZAMA mula menghabiskan masa dengan ABANG SAMAD, sehinggalah dia jatuh sakit pada suatu hari. Bila dimasukkan ke wad, HAZAMA terkejut apabila mengetahui penyakit yang dihadapi oleh ABANG SAMAD.

TAPAI, meminta pertolongan HAZAMA, apabila JUITA mengajakkan bertemu dengan kakak sepupunya, LAILA. Mengenangkan persahabatan di antara mereka berdua, HAZAMA menurut kehendaknya. Dipertemuan itu, HAZAMA bertemu buat kali pertama dengan LAILA.HAZAMA merakamkan lagu, atas sokongan TAPAI, JUITA dan AFIQ. Tanpa disangka, lagu nyanyian HAZAMA mendapat sambutan cukup luar biasa, namun disebalik kejayaan itu, terdapat kisah sedihnya.

Apa yang berlaku kepada ABANG SAMAD. Bagaimana pula hubungan TAPAI dan JUITA, dan bagaimana pula kisah di antara LAILA dan HAZAMA. Dapatkah HAZAMA mengejar cita dan cintanya. Nantikan APA CELOP TOQQ di pawagam tidak lama lagi.

[nggallery id=104]

Check Also

Shah Sidious, Apek Tebabo! dan Abg Lampu berkongsi ilmu audio dalam Gear Nerds Meetup Vol. 3.

GEAR NERDS MEETUP SATUKAN OTAI MUZIK, KONGSI RAHSIA TONA GITAR

KUALA LUMPUR – Gear Nerds Meetup mempertemukan komuniti muzik menerusi perkongsian ilmu teknologi audio. Berlangsung …

JAILER 2 Malaysia menampilkan Superstar Rajinikanth menerusi edaran Malik Streams Corporation

JAILER 2 MALAYSIA BAWA KEMBALI KEHEBATAN SUPERSTAR RAJINIKANTH

KUALA LUMPUR – Filem JAILER 2 Malaysia kembali mencuri perhatian peminat sinema Tamil. Kemunculan semula …