ASTRO bakal saji EURO 2012

Sempena EURO 2012 yang bakal diadakan pada Jun ini, para pelanggan ASTRO bakal menikmati siaran secara langsung bagi kesemua 31 perlawanan Kejohanan Bola Sepak Eropah 2012 (Euro 2012) di Poland dan Ukraine.

Kejohanan ini boleh disaksikan melalui lima saluran interaktif Standard Definition (SD) oleh pelanggan pek sukan dan lima saluran interaktif  High Definition (HD) bagi pelanggan Beyond. Astro merupakan penyiar utama bagi Kejohanan Bola Sepak Eropah ini di Malaysia. Perlawanan terpilih pula akan akan disiarkan secara langsung dengan ulasan Bahasa Melayu melalui Astro Arena.

Astro juga akan memperkenalkan ‘Special Pass To Euro 2012’ yang bernilai RM50 kepada pelanggan bukan pek sukannya, yang boleh dilanggan mulai 1 April.Pas khas ini akan direbet kepada pelanggan yang terus melanggan pek sukan berkenaan hingga 31 Jun 2013.

 

 

Check Also

https://selebritionline.com/automotif/fnf-motorsports-masa-depan/

FNF MOTORSPORTS BINA EKOSISTEM AUTOMOTIF MASA DEPAN

SEPANG – Hanya tujuh hari diperlukan untuk mengubah sebuah idea menjadi realiti. FNF Motorsports kini …

Demonstrasi sistem pemeriksaan bawah kenderaan berkuasa AI oleh PUSPAKOM.

PUSPAKOM PERKENAL AI PERTAMA UNTUK PEMERIKSAAN BAWAH KENDERAAN

DAMANSARA DAMAI – Industri automotif Malaysia melakar satu lagi sejarah apabila PUSPAKOM AI pemeriksaan bawah kenderaan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *