ASTRO Indo Pek

ASTRO terus memberi pilihan kepada peminat drama siri dan filem dari seberang menerusi pakej terbaru yang bakal diperkenalkan iaitu pakej Indo Pek yang akan menawarkan dua saluran dedikasi seperti Bintang (saluran 141) dan Pelangi (saluran 142). Pakej ini merupakan pakej terbaru dari pihak Astro dan harga yang dikenakan adalah RM 12.00 sebulan bersiaran selama 24 jam sehari. Pembekal utama kandungan Indo Pek ini Broadway Media Sdn. Bhd. dengan kerjasama syarikat penyiar ASTRO menyasarkan pakej ini untuk tontonan seisi keluarga.

Saluran Bintang akan menayangkan program-program TV popular dari pasaran Indonesia meliputi kandungan yang menyentuh aspek muzik, drama, hiburan dan variasi. Manakala saluran Bintang pula akan menayangkan filem-filem dari zaman 70-an sehingga ke filem-filem terbaru Indonesia.

Antara artis terkenal Indonesia yang diterbangkan khas bagi memeriahkan majlis pelancaran pakej Indo Pek adalah Acha Septriasa, Leny Marlina dan Alvin Adam dari program bual bicara “Just Alvin” . Di samping itu, turut hadir pada majlis yang sama adalah Pengerusi Broadway Media Sdn. Bhd. iaitu Datuk Syed Ahmad Khalid Bin Syed Mohammed dan Presiden Perniagaan Melayu Astro iaitu Encik Khairul Anwar Salleh.

Bagi memberi gambaran sebenar buat pelanggan ASTRO, ASTRO dengan berbesar hati menawarkan pakej ini secara PERCUMA kepada semua pelanggan ASTRO selama sebulan bermula pada 16 Julai 2011 hingga 14 Ogos 2011. Kepada pelanggan yang berminat untuk terus melanggan pakej ini, bolehlah berbuat demikian melalui dua cara:

  1. Perkhidmatan butang merah di saluran ASTRO 130 (serta saluran ASTRO 141 dan 142 dalam tempoh 16 Julai 2011 sehingga 14 Ogos 2011 sahaja).
  2. Telefon perkhidmatan pelanggan ASTRO di talian 1-300-82-3838

Check Also

Putri Jasmin memperkenalkan single DIA untuk pasaran Malaysia.

PUTRI JASMIN MULAKAN ERA BAHARU DI MALAYSIA DENGAN SINGLE “DIA”

Putri Jasmin muncul sebagai bakat muda yang semakin menyerlah. Penyanyi berusia 18 tahun dari Bandung …

Adeep Nahar dan The Brownsu single balada emosi terbaru

ADEEP NAHAR & THE BROWNSU HADIR DENGAN BALADA EMOSI TERKINI

Cloudworks Entertainment mempersembahkan kolaborasi terbaharu antara Adeep Nahar dan kumpulan vokal Indonesia The Brownsu melalui …