“Awan Nano” dinobatkan sebagai Juara Lagu 2011

Tuah milik Hafiz AF apabila lagu “Awan Nano” dinobatkan sebagai Juara Lagu 2011 serta dapat mempertahankan gelaran Vokal Terbaik yang dimenanginya pada AJL tahun lepas. “Awan Nano” adalah hasil ciptaan M.Nasir dan Budi Hekayat sebagai penulis lirik. Tempat kedua pula dimenangi oleh lagu “Beribu Sesalan” yang dinyanyikan oleh 3 Suara dan tempat ketiga pula oleh lagu “Karma” nyanyian Faizal Tahir.

Persembahan terbaik pula dimenangi oleh Alyah dengan lagu “Kisah Hati”. Kehadiran Remy Ishak di akhir lagu ini menggamatkan lagi suasana di Stadium Putra Bukit Jalil. ‘Juara Mobile’ pula dimenangi oleh lagu “Sedetik Lebih” hasil nyanyian Anuar Zain serta ciptaan oleh Edry Abdul Halim.

Bagi AJL 26,pemenang tempat pertama akan membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000, tempat kedua pula membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000, tempat ketiga pula akan membawa pulang RM12,000. Manakala pemenang Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik pula masing-masing membawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM10,000 seorang.

Juara Lagu Ke 26

Awan Nano oleh Hafiz

Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara

Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir

Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah

Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz

 

[nggallery id=37]

Check Also

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *