Awi Rafael Doakan Hanez Bahagia Selepas Putus Cinta

Menerusi Berita Harian Ahad semalam Hanez Suraya berkata, dia dan penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael sudah pun berpisah selepas sekian lama bermasalah. Malah pelbagai usaha telah dilakukan namun hubungan mereka masih gagal diselamatkan.

Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta lebih daripada setahun dan menyifatkan kegagalan hubungan itu bermula apabila Awi terlalu mengejar cita-cita untuk mengukuhkan kerjaya nyanyiannya sehinggakan Hanez terpaksa menarik diri daripada perhubungan itu.
Sementara Awi pula mengambil pendirian untuk ‘tutup mulut’ dan enggan mengulas panjang berhubung isu putus cinta dengan pelakon tersebut.
Menerusi laman Twitternya Awi berkata, dia hanya akan bercerita tentang perpisahan itu menerusi lagu-lagu yang bakal diciptanya sahaja.
“Sebagai tanda hormat kepada Hanez, kerana dia adalah wanita, saya tiada komen untuk dikongsikan. Biarlah saya bercerita menerusi lagu-lagu saya,” katanya.
Awi turut mendoakan bekas kekasihnya itu mendapat kebahagiaan dan rahmat bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Check Also

Iman Troye dan Asslahierah menerusi pelancaran Jung Jung Inai

IMAN TROYE JUNG JUNG INAI HIDUPKAN KEMBALI IRAMA TRADISI

SUNGAI BULOH – Iman Troye Jung Jung Inai membuka lembaran baharu buat penyanyi muda itu apabila …

Hikayat Nusantara di Kayangan Aneka Walk Shah Alam

HIKAYAT NUSANTARA BAWA WARISAN MELAYU KE PENTAS MODEN

SHAH ALAM – Kekayaan budaya Melayu dan Nusantara kini tampil dalam pendekatan lebih segar menerusi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *