B.A.P Diserbu di LCCT Pagi Tadi

Keheningan awal pagi di lapangan terbang tambang murah (LCCT), Sepang, tiba-tiba bertukar menjadi gamat apabila diserbu kira-kira 100 peminat. Kejadian yang berlaku jam 2.30 pagi tadi ni gara-gara para peminat menyambut kedatangan kumpulan Kpop sensasi, Best Absolute Perfect aka B.A.P.

Difahamkan Babys (gelaran untuk fans) telah berkumpul seawal jam 11 malam lagi semata-mata mahu menantikan ketibaan Bang Yong Guk, Him Chan, Dae Hyun, Young Jae, Jong Up dan anggota yang paling menjadi kegilaan ramai, Zelo yang di jadual menjejakkan kaki di bumi Malaysia, jam 1 pagi. Bagaimanapun, penerbangan B.A.P dikhabar lewat sejam, namun langsung tidak mematahkan semangat peminat untuk terus setia menunggu.

Rata-rata mereka yang datang, membawa sepanduk yang tertulis “Selamat Datang” dan “Kami Sayang B.A.P”sebagai ucapan alu-aluan bagi kunjungan kali pertama mereka sebagai B.A.P. yang popular menerusi lagu hit mereka iaitu Warrior dan Power.

Sekitar jam 2.50 pagi, kumpulan idol yang baru tiba dari Macau ni, keluar dari ruang ketibaan antarabangsa diiringi kru produksi, pengawal juga polis.

Baru saja ditubuhkan pada Januari lalu, impresif B.A.P bukan setakat berjaya mencuri perhatian peminat muzik di Asia. Malah dengan taruhan debut mereka berjudul Warrior yang direlease sekitar Januari 2012, membawa grup yang memperjuangkan genre Hip Hop-R&B ni menembusi sempadan muzik Eropah.

Pada bulan April lalu, B.A.P kembali dengan album kedua, Power iaitu sama judulnya dengan single pertama dalam album tersebut.

Kedatangan B.A.P ke sini bagi merealisasikan showcase pertama mereka pada 6 Julai (Jumaat) ini. Showcase anjuran Jazzy Group akan berlangsung di KL Live, jam 8.30 malam.

Sebelum itu, malam ini B.A.P akan mengadakan persembahan istimewa di Grand Finale Showdown, bertempat di KL Live, jam 9.30 malam dan bersiaran secara live di 8TV.

[nggallery id=76]

Check Also

Shah Sidious, Apek Tebabo! dan Abg Lampu berkongsi ilmu audio dalam Gear Nerds Meetup Vol. 3.

GEAR NERDS MEETUP SATUKAN OTAI MUZIK, KONGSI RAHSIA TONA GITAR

KUALA LUMPUR – Gear Nerds Meetup mempertemukan komuniti muzik menerusi perkongsian ilmu teknologi audio. Berlangsung …

JAILER 2 Malaysia menampilkan Superstar Rajinikanth menerusi edaran Malik Streams Corporation

JAILER 2 MALAYSIA BAWA KEMBALI KEHEBATAN SUPERSTAR RAJINIKANTH

KUALA LUMPUR – Filem JAILER 2 Malaysia kembali mencuri perhatian peminat sinema Tamil. Kemunculan semula …