BCL, Ghea Indrawari dan Elly Mazlein Bakal Gegar Pentas Konsert Farmasi Soundzation

Konsert Farmasi Soundzation yang bakal berlangsung pada 30 November ini dijangka akan menjadi satu malam yang penuh bermakna apabila menggabungkan tiga bintang hebat dari Indonesia dan Malaysia di atas satu pentas.

Bunga Citra Lestari (BCL), penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia yang menggemparkan industri hiburan dengan lagu hits seperti “Cinta Sejati”, akan mengetuai persembahan istimewa ini. Beliau akan ditemani oleh bintang muda Indonesia, Ghea Indrawari, yang terkenal dengan lagu “Jiwa Yang Bersedih”, serta artis serba boleh Malaysia, Elly Mazlein.

Konsert yang akan berlangsung di Megastar Arena ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi merupakan platform istimewa yang menggabungkan elemen muzik dan kecantikan. Ia turut menandakan kemunculan jenama kosmetik antarabangsa, Farmasi, di pasaran Asia dengan Malaysia dipilih sebagai destinasi pertama.

Menurut Pengarah Projek dan Konsert, Ellie G, konsert ini akan berlangsung selama hampir tiga jam dan membawakan mesej pemerkasaan wanita. “BCL dipilih bukan sahaja kerana popularitinya, tetapi juga kerana beliau melambangkan kebangkitan wanita yang berkerjaya,” jelasnya.

Konsert ini turut mendapat sentuhan pakar dengan kehadiran Man Kidal selaku Pengarah Konsert dan Muzik, manakala Jerry Hend bertindak sebagai Pengarah Kreatif.

Yang istimewanya, setiap pemegang tiket berpeluang memenangi sebuah kereta Bezza melalui cabutan bertuah. Selain itu, semua penonton akan menerima hadiah sampingan berupa produk Farmasi yang berkualiti tinggi.

Presiden Farmasi, Emre Tuna, menyatakan keyakinannya terhadap pasaran Malaysia. “Malaysia amat istimewa bagi Farmasi kerana ia adalah pasaran Asia pertama kami. Kami yakin akan mencapai kejayaan besar di sini,” katanya.

Tiket konsert boleh didapati dalam lima kategori berbeza:

  • VIP: RM1,088
  • Diamond: RM888
  • Platinum: RM688
  • Gold: RM488
  • Silver: RM288

Orang ramai yang berminat boleh membeli tiket secara dalam talian di www.ilassotickets.com. Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial rasmi Soundzation.

Check Also

Poster Disney Twisted-Wonderland menampilkan Yuken Enma dan watak ikonik Disney dalam gaya anime.

DISNEY TWISTED-WONDERLAND DEBUT OKTOBER INI DI DISNEY+

Satu lagi karya menarik bakal memikat peminat anime apabila Disney Twisted-Wonderland: The Animation dilancarkan 29 …

Cradle tampil semula dengan album baharu Hela Nafasku dan persembahan Cradle Live! bersama Datuk Ramli Sarip.

CRADLE KEMBALI DENGAN ALBUM BAHARU HELA NAFASKU

Band rock alternatif terkenal, Cradle kembali mencipta gegaran menerusi pelancaran album studio baharu berjudul Hela …

Leave a Reply