Belia Malaysia Suarakan Bantahan Terhadap Merokok

Belia Malaysia berbulat suara menyangkal tabiat merokok dalam pertandingan “Unlike Cigarette” anjuran Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) bersama Courts Malaysia yang diadakan baru-baru ini.

Dalam pertandingan tersebut, para belia berusia 13-24 telah berkongsi pandangan mereka tentang keburukan merokok melalui video. Sebab-sebab yang dikemukakan dalam karya kreatif mereka termasuk faktor estetika seperti gigi kuning dan nafas berbau dan juga akibat yang amat serius seperti penyakit kanser dan kemudaratan kesihatan orang yang tersayang akibat terhidu asap rokok basi.

Justin Khoo (24), Ibtisem Ben Nassib (23), Justin Mah (22), Jared Tay (18) dan Lim Chun Huang (19) muncul sebagai pemenang dengan penyertaan yang amat kreatif.

Justin Khoo, pemenang utama pertandingan ini, telah melibatkan kawan-kawannya dalam rakaman video selama dua hari. Kehandalan pemuda yang bekerja dengan sebuah syarikat internet ini telah memenanginya sebuah televisyen LG LED 32″.

Hadiah-hadiah lain yang disumbangkan oleh Courts termasuk televisyen LCD Sharp 40”, Nokia Tablet N810, Apple iPod Shuffle 2GB dan mesin pencetak foto kompak Canon Selphy. Lim Soo Cheen, Pengarah Sumber Manusia Courts Malaysia dan Yahya Hj Hamsain dari bahagian Pemasaran & Komunikasi NCSM telah menyampaikan hadiah-hadiah tersebut kepada para pemenang dalam satu majlis khas baru-baru ini.

Rakaman video pemenang akan disunting bersama-sama mesej anti-merokok daripada personaliti terkemuka yang telah mengambil bahagian dalam projek “Unlike Cigarette” seperti pelakon Cheryl Samad, Julie Woon, Stephanie Chai dan Will Quah; DJ radio Azura Zainal dan Jeremy Teo; “beatboxer” Shawn Lee; penyanyi utama kumpulan Kyoto Protokol, Fuad; dan penulis blog Bangsar Babe. Klip video tersebut akan dimuat naik ke projek “I Choose” di laman Facebook bulan ini.Kempen anti-merokok “I Choose” merupakan inisiatif anjuran NCSM bersama Courts Malaysia untuk menghebahkan mesej pencegahan kanser bermula dengan kehidupan yang sihat kepada para remaja di halaman Facebook.

Kerap melayari halaman www.facebook.com/MakeThatChoice untuk menimba ilmu dan mendapat tip-tip mudah untuk menjalankan gaya hidup yang sihat.

Check Also

Zynergys Snooker Grand Series 2026 Kuala Lumpur komuniti motosikal

ZYNERGYS SNOOKER GRAND SERIES 2026 SATUKAN KOMUNITI DI KUALA LUMPUR

Industri pelincir enjin mungkin nampak “kering”, tapi Zynergys buat sesuatu yang ramai jenama tak berani …

Harley Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO

HARLEY-DAVIDSON 2026 BUKA ERA BARU PREMIUM DI MALAYSIA

Harley-Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO akhirnya diperkenalkan secara rasmi, menandakan kemasukan barisan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *