Betulkah??????

Siapakah gerangan wanita cantik di sebelah TMJ itu? Wajah jelita itu saling tak tumpah seperti wajah aktres popular tanahair.  Tak payahlah disebutkan namanya…satu Malaya kenal siapa si jelita itu…Nampaknya, kali ini sudah terang lagi bersuluh.  Tak payah lah kita asyik dok main teka-teki lagi kerana tuan empunya diri sudah berani berkongsi saat-saat mesra mereka melalui  laman sosial ranking ketiga terkenal di dunia ni…apalagi kalau tak laman sosial Twitter.

Laman sosial Twitter milik TMJ (@HRHJohor2)

Bukan apa. ..kami tumpang gembira dan turut berdoa untuk kebahagiaan pasangan merpati dua sejoli ini. Apalagi, tuan empunya laman Twitter sendiri yang asyik me’retweet’ (mengulang dalam bahasa twitter) akan doa-doa dan ucapan-ucapan berbaur tahniah kepadanya. Amin….

Tindakan me-“retweet” (mengulang dalam bahasa Twitter) TMJ yang seakan-akan mengaminkan doa pengikut-pengikutnya.

Apakah ini satu petanda pasangan  ini sudah bersedia untuk tampil di khalayak umum dan mengisytiharkan perhubungan mereka sebagai sesuatu yang ‘rasmi’? Sama-samalah kita nantikan….

*credit to mD

Check Also

Iman Troye dan Asslahierah menerusi pelancaran Jung Jung Inai

IMAN TROYE JUNG JUNG INAI HIDUPKAN KEMBALI IRAMA TRADISI

SUNGAI BULOH – Iman Troye Jung Jung Inai membuka lembaran baharu buat penyanyi muda itu apabila …

Hikayat Nusantara di Kayangan Aneka Walk Shah Alam

HIKAYAT NUSANTARA BAWA WARISAN MELAYU KE PENTAS MODEN

SHAH ALAM – Kekayaan budaya Melayu dan Nusantara kini tampil dalam pendekatan lebih segar menerusi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *