BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA

IME Productions dengan bangganya mengumumkan BIGBANG konsert “BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA” akan diadakan di Stadium Putra Indoor, Bukit Jalil pada jam 6:00 petang (Sabtu), 25 Julai 2015. Konsert ini merupakan konsert kedua mereka di sini selepas ‘BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 in Malaysia’ yang talah menarikkan 15,000 peminat dalam negeri dan luar negara.

BB_MADE_WORLD_MY

Konsert ini adalah bersempena dengan pelancaran album baru mereka berjudul, ‘MADE’. ‘Loser’, lagu baru yang dikeluarkan baru-baru ini dapat kadar klik yang melalui 10 Juta di YouTube dalam masa kurang dari 4 hari.

Disokong oleh Malaysia Major Events, satu bahagian dalam Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia, sebuah agensi dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, populariti band ini dijangka akan menarik sejumlah besar peminat tempatan dan antarabangsa!

Pelancaran tiket konsert “BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA” akan diadakan pada 17 Mei (Ahad) bertempat di ruang legar Quill City Mall dari jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang. Setiap orang berhak untuk membeli maksimum 8 tiket di mana-mana kategori tiket. Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke acara pelancaran tiket, boleh membeli tiket melalui TicketCharge laman web (www.ticketcharge.com.my) bermula dari 17 Mei (Sabtu) pada jam 5:00 petang. Pemegang tiket Rock Zone A, B, VIP Cat 1dapat memenangi “Sound Check” tiket secara cabutan bertuah.

Sementara jualan tiket di kedai-kedai terpilih seperti pejabat TicketCharge, pejabat IME Productions, kedai muzik Speedy, Rock Corner, pusat muzik Victoria, NEWAY Karaoke bermula pada jam 10:00 pagi, 18 Mei (Isnin) atau menghubungi TicketCharge Hotline +603- 92228811 atau IME Productions di +603-21666166 untuk pembelian tiket.

Harga tiket konsert untuk “BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA” seperti berikut:

  • Rock Zone A – RM798 (Free standing)
  • Rock Zone B – RM698 (Free standing)
  • VIP Cat 1 – RM698 (Numbered seat)
  • Cat 2 – RM598 (Numbered seat)
  • Cat 3 – RM498 (Numbered seat)
  • Cat 4 – RM288 (Numbered seat)

** Semua harga termasuk 6% GST tapi tidak termasuk kos pengendalian RM4.

BB-seat-plan (1)

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi pihak penganjur IME Productions, www.facebook.com/imepmy atau Facebook rasmi BIGBANG.

 

Check Also

Shah Sidious berkongsi ilmu gitar pada Gear Nerds Meetup Vol. 2 di Pulau Pinang.

GEAR NERDS MEETUP VOL. 2 SATUKAN KOMUNITI GEARHEADS MALAYSIA

Minat terhadap dunia peralatan muzik atau gear terus berkembang apabila Gear Nerds Meetup Vol. 2 …

T-ARA kembali bertemu peminat di Malaysia menerusi Summer Again pada 9 Ogos 2026 di Mega Star Arena.

T-ARA KEMBALI TEMUI PEMINAT MENERUSI SUMMER AGAIN

Penantian peminat akhirnya berakhir apabila T-ARA Fan-Con Malaysia 2026 secara rasmi diumumkan bakal berlangsung di …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *