Bukan Kerana Aku Tak Cinta Mulai 9 Disember 2013

KYS_6287

“Cinta itu hadir kerana perkenalan, bersemi kerana perhatian, bertahan kerana kesetiaan, namun cinta itu bisa gugur kerana satu pembohongan.” Begitulah antara bait indah dalam novel popular karya E-Man Sufi berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diadaptasi menjadi sebuah drama bersiri berdefinisi tinggi (HD) yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam bermula 9 Disember 2013 secara eksklusif di Mustika HD (saluran 134).

Drama bersiri terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd dan di bawah arahan Jamal Khan ini bakal bersiaran selama 60 episod. Para penonton bakal dibawa menyoroti kisah romantik  yang memaparkan kehidupan JEBAT, lakonan Sharnaaz Ahmad yang merupakan seorang lelaki katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina berubah dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

KYS_5922

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian MASTURA lakonan Nelydia Senrose, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

Drama bersiri terhebat ini turut dibantu para pelakon lain termasuklah Iqram Dinzly, Dato’ Jalaluddin Hassan, Lisdawati, Chew Kin Wah, Adeline Tsen, Tony Eusoff dan Alex Yanz.

KYS_6402

Jangan lupa menyaksikan drama bersiri dalam bentuk definisi tinggi berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam bermula 9 Disember 2013 secara eksklusif  hanya di saluran 134.

Check Also

Bintang Suara MELILEA 2026 membuka peluang kepada bakat muda Malaysia.

BINTANG SUARA MELILEA 2026 BUKA PELUANG BAKAT MUDA KE INDUSTRI HIBURAN

KUALA LUMPUR – Generasi muda yang menyimpan impian dalam bidang nyanyian kini berpeluang melangkah lebih …

KamiSempoi Golden Award 2025 dan KamiSempoi Premier Academy angkat industri live streaming profesional.

KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2025 ANGKAT STANDARD LIVE STREAMING MALAYSIA

KUALA LUMPUR – KamiSempoi Golden Award 2025 kembali untuk tahun keempat bagi mengiktiraf pencapaian pencipta …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *