BUKAN SEBUAH MIMPI: LAGU PERPADUAN OLEH AFI RAFFI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2025

KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2025 – Sempena Bulan Kemerdekaan 2025, penyanyi utama kumpulan Brainstew, Afi Raffi, tampil dengan projek solo istimewa berjudul Bukan Sebuah Mimpi, sebuah lagu folk rock yang mengangkat mesej perpaduan dan kasih terhadap tanah air.

Walaupun sinonim dengan genre pop punk, Afi Raffi membuktikan versatilitinya menerusi karya baharu ini yang lebih tenang dan reflektif. Lagu ini merupakan hasil kolaborasi kreatif bersama Shamsul Cairel Abdul Karim yang bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit penuh. Ia diterbitkan oleh FB Media Ventures dengan sokongan penuh daripada Kementerian Komunikasi menerusi Dana Cipta Karya – Dana Irama Perpaduan yang diuruskan oleh MyCreative Ventures.

selebritionline portal hiburan

“Saya masih bersama Brainstew, tapi lagu ini adalah sumbangan peribadi saya kepada negara,” ujar Afi Raffi. Projek ini bukan sekadar pertaruhan genre baharu, tetapi juga menyuntik nilai patriotisme dengan mesej yang menyatukan rakyat.

Video muzik Bukan Sebuah Mimpi dirakam sekitar Sijangkang, Selangor, termasuk di Warisan Studio Hall dan Taman Rekreasi Paya Bakau, lokasi yang mencerminkan suasana komuniti yang erat dan harmoni. Rakaman lagu dibuat di Funky Brigade Music, Desa Melawati dengan iringan gitar oleh Raja Mohd Sham, pemuzik berpengalaman yang pernah bersama Datuk Jamal Abdillah dan Liza Hanim.

selebritionline portal hiburan

Bahagian visual pula dikendalikan oleh Resap Jilma Collective yang terlibat sejak awal peringkat produksi. Lagu ini akan dilancarkan secara rasmi di semua platform digital bermula 1 Ogos 2025, dan akan diedarkan oleh New Southern Record (NSR) Sdn. Bhd.

selebritionline portal hiburan

Dengan susunan muzik yang menyentuh hati, lirik penuh makna, dan semangat perpaduan yang kuat, Bukan Sebuah Mimpi diharapkan menjadi lagu patriotik baharu yang mampu menyatukan rakyat Malaysia merentasi kaum dan generasi.

Check Also

Lovebites Kuala Lumpur bakal beraksi di Zepp KL pada 4 Oktober 2026.

LOVEBITES MENDARAT DI KUALA LUMPUR, TIKET KONSERT 60 PERATUS TERJUAL

KUALA LUMPUR – Kehangatan menjelang konsert Lovebites Kuala Lumpur semakin terasa apabila jualan tiket kini …

D'Otai Boyz memperkenalkan single baharu berjudul Sketsa bersama Farah Asikin SV.

D’OTAI BOYZ KEMBALI DENGAN “SKETSA” PENUH EMOSI

Selepas lebih sedekad mewarnai industri muzik tanah air, D’Otai Boyz kembali dengan single terbaharu berjudul …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *