Dorongan Ibu Kuatkan Semangat Harmini Walaupun Telah Tiada

Empunya Deeperthanfashion iaitu Harmini Asokumar memulakan kerjayanya apabila ibunya membeli aksesori untuk beliau.Disitulah bermulanya kerjaya beliau di dalam bidang bisnes online ini. Beliau menjalankan perniagaan ini secara separuh masa sahaja.Namun ibu yang dikasihi telah pergi buat selama-lamanya beberapa tahun lepas disebabkan penyakit kanser.

Beliau memulakan perniagaan ini sekitar tahun 2008.Ia bermula dengan jualan dengan rakan-rakan sahaja namun diperluaskan secara online apabila mendapat reaksi dan tempahan yang banyak.Setiap aksesori yang dijualnya adalah hasil rekaan beliau sendiri dan hanya satu rekaan sahaja bagi setiap aksesori.Jika ada yang berminat untuk mendapatkan rekaan yang sama, beliau akan membuat sedikit perubahan pada aksesori tersebut.

Bagi Harmini,ibunya juga seorang kawan yang boleh dikongsi pelbagai masalah tatkala susah dan senang. Memang agak susah pada mulanya untuk menjalani kehidupan selepas ketiadaan ibu namun dorongan ibunya membuat beliau lebih tabah dan bersemangat.Bagi beliau amat susah untuk melupakan ibunya.

” Terima kasih kepada Samsung diatas pemberian Samsung La’Fleur ini.Walaupun hadiah ini tidak dapat diberikan kepada ibu,namun saya akan gunakan ia untuk memajukan lagi perniagaan saya, ”  kata Harmini.

Bagi mereka yang ingin membeli aksesori dari Harmini bolehlah melayari laman sesawang www.deeperthanfashionmy.com dan facebook di fb.com/deeperthanfashion . Beliau juga boleh dihubungi menerusi email deeperthanfashion@hotmail.com atau number telefon 012-5557180.

 

 

Check Also

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *