“Dr. Irma Tanya Anda Boleh Nyanyi Ke?” #SUARAJUARA

Dr. Irma Entertainment kembali melancarkan kempen dan peraduan terbaru “Dr. Irma Tanya Anda Boleh Nyanyi Ke?”, dengan kerjasama Johor FM yang diberi nama SUARA JUARA. Terbuka kepada umum, peraduan pencarian bakat baru  ini dilancarkan secara eksklusif menerusi akaun Instagram Dr. Irma Entertainment, di mana ia merupakan kerjasama bersama dengan Johor FM serta kolaborasi promosi bersama instagram Malaysian Cover.

Kempen “Dr. Irma Tanya Anda Boleh Nyanyi Ke?” merupakan usaha yang dilakukan untuk mencari dan menggilap bintang baru dalam bidang nyanyian dengan menghadiahkan wang tunai keseluruhan sebanyak RM10,000 serta pemenang berpeluang menjadi artis rakaman Dr. Irma Entertainment. Peraduan “Dr. Irma Tanya Anda Boleh Nyanyi?” -SUARA JUARA di mana proses sarinagn awal dijalankan secara eksklusif menerusi laman media sosial Instagram dan Facebook Dr. Irma Entertainment.

Peserta yang berminat hanya perlu menyanyikan semula salah satu daripada lagu wajib  Definasi Cinta, Bidadari, Antidot Lara, Melankolia atau pun Cinta Tirai Biru. Nyanyian semula ini kemudiannya perlu dimuat naik ke akaun Instagram peribadi peserta dengan memasukkan hashtag #DrIrmaContest , #SuaraJuara beserta tag akaun @dr.irma_entertainment @johorfm dan @suarajuara

Juara akan dipilih menerusi jumlah tontonan video paling banyak daripada video-video nyanyian semula yang dimuatnaik oleh penyelaras pertandingan ke akaun @suarajuara. Sebanyak 15 peserta akan dipilih berdasarkan tontonan paling banyak untuk ke konsert semifinal dan konsert akhir peraduan ini yang akan dijalankan di Auditorium RTM Johor. Tiada sebarang caj dikenakan kepada mereka yang ingin menyertai peraduan ini. Para peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka di Instagram sahaja.

Untuk maklumat lanjut, layari akaun Instagram Dr. Irma Entertainment (@dr.irma_entertainment) atau hubungi nombor 012 643 1266 untuk sebarang penyertaan.

Check Also

Poster rasmi Showcase BaraBuragas menampilkan Jinbara dan Dr. Kronik di Ladyboss Studio Ipoh pada 29 November 2025.

JINBARA & DR. KRONIK BAKAL MENGGANAS!

Malam 29 November ini dijangka membara habis apabila Showcase BaraBuragas bakal berlangsung di Ladyboss Studio, …

Monosterio meraikan 20 tahun perjuangan muzik dengan pelancaran album Tari Warna.

MONOSTERIO LANCAR ALBUM TARI WARNA – 20 TAHUN PERJUANGAN MUZIK PENUH JIWA

KUALA LUMPUR – Kumpulan Monosterio melangkah ke satu lagi fasa penting dalam perjalanan dua dekad …

Leave a Reply