Drama Bersiri Sahabat

Kepada peminat Izzue Islam, Liyana Jasmay, dan Syarif (Sleeq) pasti sudah tidak sabar untuk menonton drama bersiri ‘Sahabat’ terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini bukan?

Drama bersiri sebanyak 36 episod ini mengisahkan tentang kehidupan tujuh remaja yang baru selesai menduduki peperiksaan SPM dalam mengejar cita-cita.

Bermula dengan pershabatan diantara empat remaja iaitu Bakri, Alif, Alia, dan Azie yang berkawan rapat, namun dalam diam Alia menaruh hati kepada Bakri dan terpaksa bersaing dengan Haneez. Kemunculan Haneez, Toi dan Shaq pada awalnya telah menimbulkan sedikit pergolakkan dalam persahabatan yang telah lama terjalin.

Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan telatah tujuh remaja yang dibintangi oleh Liyana Jasmay yang membawakan watak sebagai Haneez, Izzue Islam sebagai Toi, Syukri Yahaya sebagai Bakri, Iezah Diyana sebagai Alia, Sara Ali sebagai Azie, Aedy Ashraf sebagai Aliff dan Syarif ‘Sleeq’ sebagai Shaq.

Drama bersiri ini telah mula ditayangkan pada 16 Sepember lepas setiap Isnin hingga Khamis, jam 5.30 petang secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104).

Check Also

Persembahan artis legenda di Konsert Ijmal Ramadan 3.0 Kuala Lumpur

KONSERT IJMAL RAMADAN 3.0 HIDUPKAN NOSTALGIA DAN BANTU ANAK SENI

Suasana penuh emosi dan nostalgia jelas terasa apabila Konsert Ijmal Ramadan 3.0 berjaya menghimpunkan barisan …

Poster filem Tak Terjawab lakonan Anna Jobling

TAK TERJAWAB FILEM AIDILFITRI 2026 BAWA EMOSI DAN KELANGSUNGAN

Filem Aidilfitri 2026, ‘Tak Terjawab’, memukau penonton dengan kisah kehilangan dan pencarian hidayah. Lakonan sensasi …

Leave a Reply