Wajah Mahathir Daniel (kiri) yang selamat dilahirkan kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Esma Daniel Namakan Anak Ke-6 Sempena Tun Mahathir

Wajah Mahathir Daniel (kiri) yang selamat dilahirkan kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Esma Daniel, 43, kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Isteri Esma, Nitra Sari Omar, 33 selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.3 kg di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kira-kira jam 2.30 pagi tadi (Jumaat).

Menurut Esma, anak ketiganya itu diberi nama Mahathir Daniel. Menarik, ada cerita di sebalik nama itu.

“Anak pertama saya dulu perempuan lahir setahun lalu. Saya namakannya Maya Sari sebab masa isteri saya melahirkannya, waktu itu saya tengah buat pementasan Teater Tun Mahathir. Sejak itu saya memang ada terfikir kalau dikurniakan lagi cahaya mata, saya nak namakan bermula huruf M sempena nama Tun.

“Alhamdulillah pagi semalam, isteri saya selamat melahirkan dan kami dapat anak lelaki dan saya namakan Mahathir Daniel. Kebetulan saya pun akan kembali ‘menjadi’ Tun Mahathir tapi kali ni di pentas Teater Tun Siti Hasmah. Jadi itu ceritanya disebalik nama itu”, ujar Esma Daniel dengan nada cukup gembira.

Pelakon itu ditemui di sidang media Tribute Teater Tun Siti Hasmah bertempat di Istana Budaya, hari ini.

Esma dan Nitra mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Hadif Daniel, 6, Damia Sari, 5,  serta dua hasil perkahwinan terdahulu, Habib Daniel, 17, serta Harith Daniel, 16.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai watak yang digalasnya kata Esma, kali ni dia tidak terlalu banyak membuat persediaan memandangkan sebelum ini watak itu pernah dibawakan, setahun yang lalu.

“Tak banyak sangat buat persediaan. Cuma kali ini saya perlu interpretasikan watak itu dari perspektif dan kaca mata seorang suami kepada seorang isteri.

“Semasa saya buat teater Tun Mahathir dulu, saya memang ada berjumpa dan bercakap dengan Tun Siti Hasmah. Keakraban itu sudah terjalin. Saya juga pernah jumpa beliau dalam beberapa majlis sebelum ini. Kami bertegur sapa dan beliau pun sudah agak biasa dengan saya.

“Saya kagumi beliau sebab Tun bukan saja seorang isteri kepada seorang perdana menteri tetapi ibu juga seorang doktor sejati.

“Malah ketika buat teater Tun Mahathir dulu, beliau ada berpesan kepada saya supaya pastikan isteti saya beri susu badan pada Maya sehingga usia 7 bulan.Beliau seorang yang sangat mengambil berat. Saya rasa terharu.

“Tadi pun saya beritahu dia yang saya namakan anak saya sempena nama Tun, dan beliau kata beliau akan sampaikan pada suaminya”, kata Esma berkongsi sedikit pengalamannya bersama wanita pertama negara itu.

*credit mD

Check Also

Zynergys Snooker Grand Series 2026 Kuala Lumpur komuniti motosikal

ZYNERGYS SNOOKER GRAND SERIES 2026 SATUKAN KOMUNITI DI KUALA LUMPUR

Industri pelincir enjin mungkin nampak “kering”, tapi Zynergys buat sesuatu yang ramai jenama tak berani …

Harley Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO

HARLEY-DAVIDSON 2026 BUKA ERA BARU PREMIUM DI MALAYSIA

Harley-Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO akhirnya diperkenalkan secara rasmi, menandakan kemasukan barisan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *