Evolusi Akim & The Majistret Menular Di Singapura

Nama Akim & The Majistret mula dikenali sejak tahun 2014 apabila lagu mereka yang berjudul Mewangi dan Potret mula mendapat tempat di kalangan peminat seni hiburan tempatan.  Lebih menarik jenama yang di inspirasikan oleh Akim Ahmad ini terus mencipta pelbagai evolusi tersendiri malah turut menawan hati peminat di Negara jiran khususnya Singapura.

Lantaran itu pihak, Adi Media Pte Ltd bakal mengadakan sebuah konsert khas untuk peminat Akim & The Majistret di Singapura yang dijadualkan bakal berlangsung pada 26 Januari 2018.  Ianya adalah kesinambungan daripada konsert yang telah Akim & The Majistret yang telah di adakan di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC pada Februari lalu.

Ini adalah konsert berskala besar pertama buat kumpulan yang cukup popular dengan lagu-lagu seperti Obses, Lagu Untuk Laila dan sebagainya.  Biarpun sebelum ini mereka pernah tampil secara akustik di Celeb-Fest Singapore 2017.

Pihak penganjur juga yakin kumpulan popular yang pernah memenangi anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Juara Lagu ke-30 itu mampu menarik peminat menghangatkan konsert mereka, termasuk dari Malaysia.

Peminat yang ingin menyaksikan konsert Akim & The Majistret- Live in Singapore 2017 boleh mendapatkan tiket yang dijual pada harga antara RM200 hingga RM450 sejak 16 November lalu. Mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat, ia masih boleh didapati dengan melayari www.apactix.com.

Check Also

Lebih 200 artis dan pemuzik hadir ke Konvensyen Pemuzik Karyawan 2026 bagi membincangkan isu royalti, AI dan hala tuju industri muzik negara.

KONVENSYEN PEMUZIK KARYAWAN 2026 BINCANG ROYALTI ARTIS, AI DAN MASA DEPAN INDUSTRI MUZIK

Lebih 200 artis, pemuzik dan penggiat industri muzik negara berkumpul di Restoran Saloma Kuala Lumpur …

Luqman Podolski mempromosikan single Ayah sempena Hari Bapa 2026

SINGLE “AYAH” ANGKAT REALITI KEHIDUPAN DALAM KARYA TERBAHARU LUQMAN PODOLSKI

Bersempena sambutan Hari Bapa yang diraikan pada 21 Jun 2026, Luqman Podolski tampil dengan karya …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *