FARISH Dan REY Kembali Dengan ‘Ceria Pagi Sabah’

FARISH & REY CPS_2Sudah setahun Ceria Pagi bersama Halim Othman dan Adibah Noor keudara di Sabah, kini atas permintaan ramai, program Ceria Pagi di Suria FM Sabah akan kembali keudara. Program ini akan bermula pada 3 Mac 2014 dari jam 6 pagi hingga 10 pagi, Isnin hingga Jumaat. Program pagi di Suria FM Sabah dahulunya dikenali dengan nama Ceria Pagi Kinabalu kini bertukar nama baharu iaitu Ceria Pagi Sabah bersama Farish Aziz dan Reynaldo Pagi atau lebih dikenali sebagai Rey.

Pada satu sidang media yang telah berlangsung di Kota Kinabalu semalam, Program ini menjanjikan sesuatu yang lebih baru, menarik dan segar. Program yang disajikan bersesuaian dengan para pendengar di Sabah yang inginkan satu kelainan yang lebih unik, hiburan berterusan serta bercitarasa tempatan. Diantara sajian Ceria Pagi Sabah yang menarik ialah ‘Adui Punya Terkejut’ yang sama seperti ‘Terkejut Tak’ Ceria Pagi di Suria FM, ‘Cuba Ingat Balik’ berkisahkan jejak kasih, ‘Dibawa Bayu’ temubual bersama orang Sabah yang berjaya dan ‘Ole Ole’, khas mengenai sukan. Ceria Pagi Sabah juga akan menyiarkan pilihan lagu-lagu tempatan Sabah dan akan diselitkan juga lagu-lagu terbaru dan 90-an oleh penyanyi-penyanyi popular tanahair.

SURIA FM SABAH

Bercakap di sidang media untuk mengumumkan kewujudan semula program ini, Ivy Stanislaus, Pengurus Operasi Suria FM Sabah berkata “Ceria Pagi Sabah telah diberikan nafas baru dengan segmen lebih menarik serta terkini dan diwujudkan semula setelah maklumbalas memberangsangkan dari pendengar Suria FM Sabah”. Turut bersama dengan Suria FM Sabah adalah Lotter@dudu menerusi segmen Sampaikan Sabah dan Obie menerusi segmen Kupi Obie. Untuk maklumat lanjut, layari www.suriafm.com.my dan klik pada Suria Sabah.

Check Also

Rosyam Nor dan Erra Fazira di acara ACGas Kuala Lumpur

ROSYAM NOR KEMBALI, ERRA FAZIRA TEGUR ISU MEDIA SOSIAL

Teguran peminat yang menyangka dirinya sudah bersara akhirnya menjadi “wake up call” buat Rosyam Nor …

Samsung Galaxy A57 5G, Galaxy A37 5G, Samsung Malaysia, telefon pintar 2026, AI smartphone

SAMSUNG GALAXY A57 5G RASMI DI MALAYSIA

Aura pelancaran penuh hype akhirnya tiba. Samsung Electronics secara rasmi telah melancarkan Samsung Galaxy A57 …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *