Festival Rangkaian Jenama Pakaian & Muzik Serumpun 2013

Buat julung kalinya kerjasama serantau Indonesia dan Malaysia iaitu Lian Mipro dan Indigital Sdn Bhd akan menganjurkan festival pakaian dan muzik yang pertama dan terbesar di Malaysia. Lian Mipro adalah antara 5 syarikat penganjuran acara yang terbesar di Indonesia dan telah berjaya menganjurkan acara seumpama ini di Indonesia setiap tahun yang dikenali sebagai JakCloth. Indigital Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pembekal kandungan muzik kepada telco-telco dan juga banyak bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan indie di Malaysia’. Pengalaman dan kekuatan dalam bidang yang berbeza oleh kedua syarikat ini menjadi asas kepada penganjuran festival ini. Festival ini juga dikenali sebagai “Festival Rangkaian Jenama Pakaian dan Muzik Serumpun”.

Festival yang akan berlangsung di Speed City Kuala Lumpur,Kelab Lumba Kuda Selangor akan menggabungkan 120 rangkaian jenama pakaian dari Indonesia dan Malaysia. Antara jenama yang terlibat ialah Dead Seventies,Cozuma,Hattrick,Rown,Altos, Nushock dan banyak lagi. Sesuai dengan nama festival itu sendiri,lebih dari 60 kumpulan indie dari kedua-dua Negara akan membuat persembahan sepanjang festival berlangsung. Membariskan kumpulan yang dikenali dikalangan peminat muzik indie seperti Sheila On 7, Go Gerila!,Bunkface,6ixth Sense,Indie Mice,Drama Band, Hyper Act, Loka, Edane, Love Me Butch, Aryan Band,Pop Konspiracy,Buronan Mertua,The Padangs dan ramai lagi.Festival yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober 2013 ini akan bermula jam 12.00 tengahari sehingga 12 tengahmalam setiap hari. Bayaran kemasukkan dikenakan kepada semua pengunjung dengan harga RM 20.00 seorang.

Untuk memudahkan pengunjung ke tempat festival,shuttle bus percuma juga disediakan antara Stesen LRT Bukit Jalil ke Speed City setiap 15 minit.

Berikut adalah jadual antara artis yang membuat persembahan:-

25hb Okt 2013

  1. SHEILA ON 7
  2. GO GERILA!
  3. 6IXTH SENSE
  4. HYPER ACT
  5. NOMAD
  6. ENCIK MIMPI
  7. DRAMA BAND
  8. LOKA

DAN RAMAI LAGI…

26hb Okt

  1. BUNKFACE
  2. MASSACRE CONSPIRACY
  3. LOVE ME BUTCH
  4. SOG (SEKUMPULAN ORANG GILA)
  5. THE PADANGS

DAN RAMAI LAGI…

27hb Okt

  1. EDANE
  2. BURONAN MERTUA
  3. TENGKORAK
  4. AWAN BAND

DAN RAMAI LAGI….

Check Also

PU Riz ajak masyarakat hadir program Quranic Madani di Bukit Bintang.

PU RIZ ANJUR QURANIC MADANI DI BUKIT BINTANG, AJAK ORANG RAMAI HAYATI AL-QURAN

Suasana tengah bandar raya dijangka berubah menjadi lebih tenang dan penuh penghayatan apabila pendakwah bebas …

PTTI Straight A SPM 2025 MBOR Putrajaya

PTTI UKIR SEJARAH 534 PELAJAR STRAIGHT A SPM 2025, TIGA KALI DIIKTIRAF MALAYSIA BOOK OF RECORDS

PTTI Group Sdn. Bhd. terus mengukuhkan reputasi sebagai peneraju pendidikan digital apabila berjaya melahirkan 534 …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *