Filem ‘Cold War’

Di Pawagam : 8 November 2012
Pengarah : Longman Leung
Pelakon : Aaron Kwok,Andy Lau,Tony Leung,Eddie Peng,Aarif Rahman & Charlie Young

Sinopsis

Di sebuah ibukota Asia yang dikatakan paling selamat, pihak polis sejak sekian lama dilihat seolaholah bagaikan ‘kebal’ dari ancaman. Menghampiri tengah malam di Hong Kong, ibu pejabat polis menerima satu panggilan dari pemanggil tidak bernama: sebuah van polis yang mengangkut senjata berteknologi tinggi dan dikawal rapi oleh lima orang anggota polis terlatih secara tiba-tiba dilaporkan hilang. Jelas sekali kumpulan penjenayah terlibat memiliki maklumat tentang prosedur diamalkan pihak polis. Mereka sudah berada beberapa langkah lebih jauh di hadapan. Pihak polis harus memenuhi senarai permintaan mereka bagi memastikan mangsa-mangsa tahanan mereka dibebaskan dengan selamat dan ini termasuklah penghantaran wang tebusan dengan jumlah yang begitu banyak. Sebarang kelewatan buruk padahnya. Jam telahpun mula berdetik.

Timbalan Pesuruhjaya Sean Lau dan Waise Lee yang merupakan pesaing antara satu sama lain berebut-rebut untuk mengetuai operasi menyelamat tersebut yang menggunakan kod rahsianya, COLD WAR. Lau berhasrat melakukan sesi perbincangan dengan kumpulan penjenayah tersebut dengan tujuan berupaya menjejaki lokasi mereka bersembunyi tanpa disedari mereka. Lee pula bersiap sedia dengan serangan agresif, tidak kira apa kesannya. Bagi mereka, banyak risiko yang harus diambil kira namun keselamatan mangsa tebusan bukanlah satu kompromi kerana reputasi pihak polis bakal tercemar jika kesudahan buruk berlaku. Ditambah pula dengan perletakan jawatan Setiausaha Keselamatan Negara, kerusi tersebut bakal kosong. COLD WAR akan menentukan siapa yang akan mendaki tangga hingga ke puncak.

Lau dan Lee sedar bahawasanya setiap keputusan yang diambil adalah sangat penting, manakala setiap detik pula begitu berharga dan diambil kira. Namun tatkala rancangan untuk menyerang mula diatur oleh pihak berwajib, tanpa mereka sedari rupanya dalam diam-diam mereka menjadi buah catur kepada satu permainan yang lebih berbahaya.

Check Also

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *