Filem KIL Dominasi Pencalonan Anugerah Skrin 2013

9941775704_5970d6cc25_o

Filem terbitan Flux Visual Lab dan Grand Brilliance, KIL mendominasi pencalonan akhir kategori filem di Anugerah Skrin 2013 yang diumumkan jumaat lepas.

Filem arahan Nik Amir Mustapha itu menerima pencalonan dalam kesemua tujuh kategori yang dipertandingkan iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Redza Minhat), Pelakon Wanita Terbaik (Cristina Suzzane), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Harun Salim Bachik), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Anne James) dan Lakon Layar Terbaik.

Dalam kategori Filem Terbaik, KIL bakal bersaing dengan filem Rock Oo!, Istanbul Aku Datang, Langgar dan S.A.M. Turut dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik bersama Nik Amir ialah Mamat Khalid (Rock Oo!), Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang), Syed Hussein (Langgar) dan Syafiq Yusof (S.A.M.).

Kejutan pada malam tersebut apabila pelakon filem Istanbul Aku Datang, Lisa Surihani tidak dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Sementara itu, Astro AWANI turut menerima pencalonan dalam kategori Rancangan Bual Bicara Terbaik menerusi Suara Kami – Bersama PM.

Turut menerima pencalonan adalah program terbitan Astro antaranya Anugerah Blockbuster, Raja Lawak Akhir dan Maharaja Lawak Mega Akhir.

Drama yang ditayangkan di Astro juga turut dicalonkan antaranya Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Keluarga Iskandar dan Adam dan Hawa.

Anugerah Skrin 2013 bakal berlangsung pada 29 November depan.

Filem Terbaik
Rock Oo
Istanbul
KIL
Langgar
SAM

Pengarah Terbaik
Mamat Khalid (Rock Oo)
Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)
Nik Amir Mustapha (KIL)
Syed Hussein (Langgar)
Syafiq Yusof (SAM)

Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)
Remy Ishak (29 Februari)
Que Haidar (Rock Oo)
Redza Minhat (KIL)
Adi Putra (Langgar)
Shaheizy (SAM)

Pelakon Wanita Terbaik (Filem)
Jojo Goh (29 Februari)
Christina Suzanne (KIL)
Nora Danish (Mencari Cinta)
Lisa Surihani (SAM)
Nadia Aqilah (Zaiton Ceritamu)

Lakon Layar Terbaik (Filem)
29 Februari
Rock Oo
Istanbul Aku Datang
KIL
SAM

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem)
Soffi Jikan (Rock Oo)
Sharnaz Ahmad (Juvana)
Khir Rahman (Rock Oo)
Harun Salim Bachik (KIL)
Izzue Islam (29 Februari)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)
Umie Aida (Sembunyi)
Yana Samsuddin (Dua Kalimah)
Miera Liyana (Pecah)
Erin Malik (Lari)
Anne James (KIL)

Check Also

Lovebites Kuala Lumpur bakal beraksi di Zepp KL pada 4 Oktober 2026.

LOVEBITES MENDARAT DI KUALA LUMPUR, TIKET KONSERT 60 PERATUS TERJUAL

KUALA LUMPUR – Kehangatan menjelang konsert Lovebites Kuala Lumpur semakin terasa apabila jualan tiket kini …

D'Otai Boyz memperkenalkan single baharu berjudul Sketsa bersama Farah Asikin SV.

D’OTAI BOYZ KEMBALI DENGAN “SKETSA” PENUH EMOSI

Selepas lebih sedekad mewarnai industri muzik tanah air, D’Otai Boyz kembali dengan single terbaharu berjudul …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *