Filem ‘Oh Mak Kau!’ (O.M.K) – Gabungan Pelawak Senior & Baru

Filem yang diterbitkan oleh Star Scope Production Sdn Bhd ini bukan saja menampilkan Ain sebagai pengarah malahan Ain juga merupakan penerbit bersama dan turut membintangi filem ini. Dengan kos sebanyak 1.7 juta dan mengambil masa penggambaran selama 23 hari di sekitar Rawang, Gombak dan Kuala Lumpur, Ain bergelut membahagikan dirinya kepada tiga peranan penting namun usahanya berbaloi dengan meletakkan Jep dan Shuib Sepahtu sebagai teraju utama yang umumnya mengetahui kekuatan mereka dalam melontarkan komedi kepada penonton.

Tidak henti di situ, Ain cuba memanupulasikan karektor Abon yang tampil serius menerusi filem ini. Begitu juga dengan penampilan Didie Alias dan Syamsul Yusof yang dilihat mampu mencuri perhatian penonton.

Filem yang berkisarkan dua beradik, Sam dan Mun dengan trademark mereka, ‘kemas balik selepas mencuri’ sering mencetuskan kemarahan ibu mereka. Segalanya berubah dengan kedatangan Que, seorang wanita yang berjaya mencuri hati mereka berdua. Namun Que sebenarnya mempunyai misi tersendiri yang akhirnya menjebakkan kesemua karektor-karektor di dalam filem ini.

Walaupun terselit elemen aksi dalam komedi, filem ini masih bersifat santai yang mana tidak membebankan pemikiran penonton yang sememangnya inginkan hiburan dan mesej ringkas dari sesebuah filem komedi itu. Cetusan idea filem ini juga telah menarik minat Naza World Sdn Bhd untuk menaja penggunaan motor-motor dalam filem ini selain sebuah motor untuk peraduan yang dianjurkan oleh pihak produksi filem ini.

Filem ini telah pun menemui penonton pada 16 Mei,ia turut menampilkan Wan Maimunah, Yassin Elias, Faiz Raja Lawak, Yank Kassim dan muka baru seperti Aida AF dan Kay AF serta ramai lagi.

 

Check Also

Lovebites Kuala Lumpur bakal beraksi di Zepp KL pada 4 Oktober 2026.

LOVEBITES MENDARAT DI KUALA LUMPUR, TIKET KONSERT 60 PERATUS TERJUAL

KUALA LUMPUR – Kehangatan menjelang konsert Lovebites Kuala Lumpur semakin terasa apabila jualan tiket kini …

https://selebritionline.com/automotif/fnf-motorsports-masa-depan/

FNF MOTORSPORTS BINA EKOSISTEM AUTOMOTIF MASA DEPAN

SEPANG – Hanya tujuh hari diperlukan untuk mengubah sebuah idea menjadi realiti. FNF Motorsports kini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *