Final Destination 5

Babak-babak kematian ngeri kembali menemui penonton melalui sekuel terbaru Final Destination 5. Bagi penggemar filem bergenre suspen thriller dan misteri, mungkin filem ini mampu memuaskan hati anda. Filem ini merupakan salah satu francis filem Final Destination yang mempunyai peminat tersendiri.

Final Destination 5 membariskan pelakon seperti Nicholas D’Agosto, Emma Bell, Miles Fisher, Arlen Escarpeta, David Koechner, dan Tony Todd yang merupakan satu-satunya pelakon dari francis filem Finala Destination terdahulu. Filem kali ini digarap oleh Steven Quale. Filem ini juga adalah filem kedua Final Destination yang disampaikan melalu format 3D.

Filem ini mengisahkan sekumpulan pekerja yang dalam perjalanan menuju ke sebuah acara. Kumpulan pekerja ini terdiri daripada Sam Lawton (Nicholas D’Agosto), kawan baiknya Peter (Miles Fisher), teman wanita Peter, Candice (Ellen Wroe), dan Olivia (Jacqueline MacInnes Wood). Turut serta di dalam perjalanan tersebut adalah Molly Harper (Emma Bell), rakan sekerja Peter, Isaac (P.J. Byrne) dan Nathan (Arlen Escarpeta), serta bos mereka Dennis Lapman (David Koechner). Di dalam perjalanan tersebut Sam telah mendapat bayangan petunjuk malapetaka yang bakal melanda menyebabkan mereka semua terbunuh. Setelah sedar dari bayangan tersebut, segala malapetaka yang dilihat benar-benar berlaku namun mereka semua terselamat. Bermula dari saat itu maut mula mengejar mereka seorang demi seorang.

Seperti yang kita semua ketahui melalui filem Final Destination yang terdahulu, filem ini berkisar tentang saat-saat ngeri yang dihadapi di ambang maut. Kelainan yang ditonjolkan melalui filem ini adalah corak kematian kali ini berpunca daripada objek-objek kecil seperti skru,jarum dan patung Buddha. Namun begitu, perjalanan filem ini agak perlahan dan dialog-dialog yang agak serabut untuk difahami. Walaubagaimanapun, penonton tetap akan terasa kengerian aksi-aksi kematian yang ditonjolkan.

Apakah bayangan petunjuk yang diperolehi Sam? Adakah mereka dapat mengelakkan diri dari kematian? Apakah malapateka yang akan mereka hadapi ketika menghadapi maut? Saksikan Final Destination 5 di pawagam berdekatan sekarang.

 

Check Also

Koleksi barang kemas HABIB bertemakan warisan budaya Malaysia sempena Hari Kebangsaan.

HABIB MERIAHKAN MERDEKA DENGAN KOLEKSI WARISAN MALAYSIA

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini tampil lebih bermakna apabila HABIB memperkenalkan Kempen Merdeka HABIB, sebuah …

C.Rino Halo dan C.Rino Aurelia, koleksi cermin mata hitam baharu daripada Carlo Rino.

C.RINO TAMPILKAN KOLEKSI CERMIN MATA HITAM GAYA HARIAN

Jenama fesyen terkenal Carlo Rino menerusi label C.Rino memperkenalkan dua rekaan terbaharu iaitu C.Rino Halo …