Hafizie Penyampai Baru Hot FM AM Krew

Hot-FM-Malaysia-Logo

Setelah kepergian Faizal Ismail sekitar akhir tahun lalu, industri penyiaran radio ternanti-nanti akan pengganti personaliti tersebut. Spekulasi demi spekulasi telah diandaikan seawal minggu pertama lagi. Justeru itu setelah hampir 3 bulan sesi percubaan diadakan, Hot FM hari ini mengumumkan Mohamad Hafizie Bin Roslan, 26 tahun atau lebih mesra disapa sebagai Fizie akan mula bertugas pada 10 Februari 2014 bersama dua penyampai lain iaitu Fara Fauzana dan AG.

Menurut Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, pemilihan Fizie adalah berdasarkan keserasian gandingan bertugas bersama Fara dan AG. Sebagai satu nama yang sinonim dengan masyarakat Kelantan, Fizie turut menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang 3 tahun sewaktu bertugas di Hot FM Kelate.

“Bukan mudah untuk mecipta satu keserasian secara alami, tetapi dengan Fizie, kami dapat melihat gandingan tersebut bakal memberikan satu kelainan untuk segmen pagi nanti. Kepetahan serta aksi spontan Fizie pasti akan menjayakan trio Hot FM AM Krew.”

Selain kemasukkan Fizie, pelbagai pengisian baharu juga turut dilakukan bagi memantapkan lagi jenama Hot FM. Pengisian-pengisian tersebut yang turut merangkumi penampilan beberapa nama selebriti lain akan diumumkan tidak lama lagi.

Check Also

Apak bersama KAPAK meneruskan perjuangan muzik rock Malaysia ke pasaran antarabangsa.

KAPAK JADI TARUHAN APAK PERJUANG MUZIK ROCK MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Tidak semua perjalanan dalam dunia muzik hadir dengan jalan mudah. Bagi Apak, …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …