Hampir 1,000 Tetamu Hadiri Tayangan Eksklusif ‘Skyfall’ Anjuran NTV7

Sempena menanti filem aksi hebat James Bond terbaru berjudul “Skyfall”, ntv7 menawarkan tawaran istimewa kepada orang ramai untuk menonton filem itu sebelum ia memulakan tayangan perdananya di Malaysia. Saluran Ceria Anda hari ini mengadakan “SKYFALL GALA SCREENING” bertempat di Cathay Cineplex, e@Curve secara eksklusif buat tetamu jemputan istimewa. Orang ramai yang hadir membanjiri pra-tayangan itu termasuklah pemenang peraduan yang dikelolakan ntv7, orang ramai yang hadir membuat penebusan tiket, media, pelanggan dan rakan perniagaan stesen itu.

Antara selebriti yang memeriahkan lagi acara karpet merah malam itu adalah Nazrudin Rahman, Daphne Iking, Faradhiya, Julia Ziegler, Lisa Wong, Zizan Nin, Frederick Lee, Mayjune Tan, Adrian Jalaludin dan Satira Diana.

Saluran tidak berbayar yang sentiasa menjadi pilihan penonton itu telah menyiarkan pelbagai filem James Bond sepanjang bulan Oktober bagi meraikan ulangtahun ke-50 James Bond. Maraton filem yang disiarkan selama lima minggu berturut-turut itu telah bermula sejak 7 Oktober hingga 4 November bagi menghitung hari kemunculan filem Skyfall di pawagam pada 1 November ini.

Maraton filem itu akan berakhir 4 November nanti dengan penyiaran sebuah lagi filem James Bond lakonan Daniel Craig berjudul Casino Royale. Casino Royale merupakan filem ke-21siri agen 007 itu dan merupakan yang pertama dibintangi Daniel Craig sebagai hero baru bagi filem itu bagi menggantikan Pierce Brosnan. Misi kali ini adalah untuk menghentikan Le Chiffre daripada memenangi pertaruhan besar di Casino Royale, Montenegro. Filem keluaran 2006 ini juga merupakan mendapat kutipan tertinggi berbanding siri filem itu sebelum ini. Filem James Bond yang telah menghiasi slot “Sunday Movies” setiap hari Ahad, jam 11 malam di ntv7 sebelum ini adalah Golden Eye, Tomorrow Never Dies, The World Is Not Enough, dan Die Another Day.

Check Also

Amazing Thailand Fest 2026 di Central i-City Shah Alam

AMAZING THAILAND FEST 2026 BAWA PESONA BUDAYA THAILAND KE CENTRAL I-CITY

Amazing Thailand Fest 2026 membuka tirai di Central i-City dengan membawa pengalaman budaya Thailand yang …

Festival Filem Malaysia China Ke-3 di GSC Mid Valley Kuala Lumpur

FESTIVAL FILEM MALAYSIA CHINA JADI PLATFORM KERJASAMA INDUSTRI PERFILEMAN SERANTAU

Festival Filem Malaysia China membuka tirainya secara rasmi di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *