HOTEL TRANSYVANIA

Tarikh Dipawagam : 28 September 2012
Pengarah : Genndy Tartakovsky
Pengalih Suara : Adam Sandler, Selena Gomez, Andy Samberg serta Kevin James.

SINOPSIS 

Hotel Transylvania merupakan sebuah filem animasi komedi dan sangat sesuai untuk tontonan umum. Filem ini mengisahkan tentang sebuah hotel bertaraf lima bintang yang dimiliki oleh seekor “Dracula.”

Hotel ini dikenali sebagai Hotel Transylvania dan ia didiami oleh raksasa dan tidak ada sebarang gangguan daripada pihak manusia. Pada suatu hari, pemilik hotel ini telah menjemput beberapa ekor raksasa terkenal seperti pasangan Frankenstein, Mummy, Invisible Man serta keluarga serigala jadian untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak perempunnya, Mavis yang ke 18.

Pada awalnya suasana di Hotel Transylvania berjalan dengan lancar dan teratur, akan tetapi semuanya berubah apabila munculnya seorang manusia biasa yang datang ke hotel ini dan dia telah berjaya memikat hati Mavis. Apa akan jadi seterusya? Mampukah manusia hidup dengan raksasa?

Check Also

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *