Incubus Kembali Gegarkan Malaysia

Incubus kumpulan yang berpaksikan muzik alternative dari Amerika kembali beraksi di Malaysia buat kali ketiga.  Kedatangan kali ini adalah sebagai rangka promosi album terbaru mereka yang berjudul “8″.  Kumpulan yang dibarisi oleh Brandon Boyd, Mike Einziger (gitar), Ben Kenney (bass), Jose Pasillas (dram) dan DJ Chris Kilmore(keyboards) apabila kumpulan dari Calabasas, California ini bakal beraksi di Kuala Lumpur pada 13 Febuari nanti. Konsert jelajah Incubus Live in Kuala Lumpur akan diadakan di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh IME Malaysia dan InTour Live, persembahan Incubus Live in Kuala Lumpur 2018 akan dibawakan oleh TuneTalk dan disokong oleh Rockaway.   Malaysia menjadi hentian kedua band berkenaan dalam siri Jelajah Asia mereka.

Kali terakhir Incubus beraksi di Malaysia ialah pada 2011, mereka telah menghiburkan lebih jutaan peminat di seluruh dunia.  Incubus juga pernah merangkul anugerah platinum serta meraih tumpuan peminat muzik antarabangsa apabila album ketiga berjudul “Make Yourself” yang diriliskan  pada 1999 telah menghimpunkan beberapa lagu hit yang membuatkan nama Incubus terus terpahat di fanatika mereka.

Pastinya peminat setia mereka di Malaysia merindui rangkaian lagu-lagu popular mereka seperti Wish You Were Here, Megalomaniac, Anna Molly, Drive, Pardon Me, Are You In? dan Nice To Know You.

Tiket telah mula dijual mulai 1 Disember lalu, peminat juga boleh mendapatkan tiket di • Speedy Video, Rock Corner, Chambers Music, Pejabat TicketCharge (KL), PJ Live Arts, Pusat beli-belah The Mines (kaunter pertanyaan), 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan), Blonde Brunette (Pulau Pinang) dan Pejabat TicketCharge (Pulau Pinang)

Tiket bagi persembahan Incubus Live in Kuala Lumpur 2018 Malaysia bermula daripada RM238 (pembelian awal) dan RM268 (normal). Tiket boleh anda dapatkan menerusi www.ticketcharge.com.my. Kesemua harga tiket adalah termasuk GST 6%, tetapi tidak termasuk harga pemprosesan RM4.

Check Also

Shah Sidious berkongsi ilmu gitar pada Gear Nerds Meetup Vol. 2 di Pulau Pinang.

GEAR NERDS MEETUP VOL. 2 SATUKAN KOMUNITI GEARHEADS MALAYSIA

Minat terhadap dunia peralatan muzik atau gear terus berkembang apabila Gear Nerds Meetup Vol. 2 …

T-ARA kembali bertemu peminat di Malaysia menerusi Summer Again pada 9 Ogos 2026 di Mega Star Arena.

T-ARA KEMBALI TEMUI PEMINAT MENERUSI SUMMER AGAIN

Penantian peminat akhirnya berakhir apabila T-ARA Fan-Con Malaysia 2026 secara rasmi diumumkan bakal berlangsung di …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *