JACKSON WANG UMUMKAN SINGLE TERBAHARU “BUCK” DARIPADA ALBUM MAGIC MAN 2 KETIKA KONSERT GOT7 DI THAILAND

Bangkok, 2 Mei 2025 – Jackson Wang tampil bersama GOT7 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Thailand. Dalam konsert itu, Jackson mengejutkan peminat dengan persembahan sulung lagu solo terbarunya bertajuk “GBAD”, sekali gus memperkenalkan secara langsung karya pertama daripada projek terbaharunya, MAGIC MAN 2.

Sebagai penutup konsert, Jackson sekali lagi mencipta kejutan dengan tayangan teaser pertama lagu seterusnya bertajuk “BUCK”. Aksi dramatik menghentak sotong dalam teaser tersebut menyuntik ledakan tenaga yang membuat penonton terpukau dan teruja.

Teaser terbaru untuk “BUCK”, yang kini digelar sebagai lagu tarian utama dalam album ini, berjaya membakar semangat para peminat serta meningkatkan jangkaan terhadap apa yang bakal ditawarkan dalam MAGIC MAN 2. Karya ini terus memperkukuh naratif visual Jackson yang berani dan penuh sinematik, menjadikan peminat seluruh dunia semakin tidak sabar menantikan pelancaran album penuh.

COVER SINGLE “BUCK”

Sebagai single ketiga daripada album MAGIC MAN 2, “BUCK” dijadual dilancarkan secara rasmi pada 9 Mei bersama muzik video rasminya. Melalui bait lirik yang lantang, “Saya bermimpi untuk pergi ke neraka demi berdepan dengan kamu,” Jackson menzahirkan ekspresi seni yang jujur dan tanpa tapisan — memperlihatkan sisi dirinya yang sebenar serta menerima sepenuhnya perjalanan hidupnya.

Dengan pelancaran teaser “BUCK”, Jackson Wang terus mengukuhkan pencarian identiti diri melalui muzik, menyentuh tema sejagat seperti keaslian, ketelusan emosi dan kematangan peribadi. Album penuh MAGIC MAN 2 bakal dilancarkan secara global pada Julai 2025. Nantikan kemunculannya.

Check Also

Apak bersama KAPAK meneruskan perjuangan muzik rock Malaysia ke pasaran antarabangsa.

KAPAK JADI TARUHAN APAK PERJUANG MUZIK ROCK MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Tidak semua perjalanan dalam dunia muzik hadir dengan jalan mudah. Bagi Apak, …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …