James Bond Rasmikan Olimpik London 2012?

Aktor berkaliber Daniel Craig akan merasmikan upacara pembukaan Sukan Olimpik 2012 sebagai James Bond selepas menerima undangan secara peribadi daripada Ratu  Elizabeth II.

Baru-baru ini Elizabeth meminta Craig mengunjungi istana Buckingham untuk menjalani penggambaran sebagai ejen 007 untuk upacara sukan besar-besaran di London itu. Dalam filem itu, beliau tiba atas undangan diraja untuk diberitahu misi terbarunya adalah merasmikan sukan berkenaan.

Ratu juga mungkin membuat penampilan bagaimanapun pihak Istana masih lagi merahsiakan hal itu. Jutaan penonton akan menonton televisyen di seluruh dunia akan melihat Bond mendapat arahan sebelum beliau dibawa dengan helikopter untuk terjun dengan payung terjun ke stadium Olimpik di Stratford, timur London.

Craig, 44, dan kru filem yang diketuai oleh pengarah kreatif, Danny Boyle diberi kebenaran ke bilik peribadi ratu minggu lalu. Mereka turut merakam adegan helikopter dan payung terjun.

Sempena upacara pembukaan yang akan berlangsung Sabtu (pagi esok jam 4, waktu Malaysia), Boyle memilih untuk menjadikan ejen M16 Bond sebagai kunci utama tontonan yang akan memulakan Sukan Olimpik 2012. Adegan yang akan disiarkan dalam upacara pembukaan itu diberi judul The Arrival.

Ratu Elizabeth II yang menyambut Jubli Berlian tahun ini yang akan membuat penampilan sepintas lalu sewaktu upacara tersebut.

Menurut sumber, sepanjang penggambaran tiada sesiapa pun dikalangan kru di set itu dibenarkan merakamkan babak-babak pembikinan. Malah kamera dan telefon bimbit dilarang dibawa di set penggambaran.

“Ia merupakan satu penghormatan terbesar buat penerbitan BBC dan Boyle kerana dibenarkan memasuki istana sekaligus dengan penglibatan ratu Elizabeth

“Selama sebulan persiapan dibuat dari segi menjalankan penggambaran antara cabaran paling besar, tetapi berbaloi. Kerana acara pembukaan ini akan menjadi adegan menakjubkan untuk semua penonton di rumah dan di dalam stadium,” kata salah seorang kru penggambaran tersebut.

Check Also

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

AIGNER MERAIKAN DATO’ KHADIJAH IBRAHIM DALAM ACARA EKSKLUSIF DI KUALA LUMPUR

Jenama barangan kulit mewah dari Jerman, AIGNER, meraikan penyanyi legenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, …

IKLIM, SYJ Giegiel dan Meditasi di Teruntum Rock Festival 2026

TERUNTUM ROCK FESTIVAL 2026 BAKAL GEGARKAN KUANTAN

Kuantan bakal menjadi tumpuan peminat muzik rock apabila Teruntum Rock Festival 2026 menghimpunkan barisan legenda …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *