‘Jidin Sengal’ – Bila Ekstra Jadi Superstar Di Pawagam 22 Mac

Setelah filem Suatu Malam Kubur Berasap berjaya di pawagam pada tahun lepas, Outloud Studios tampil dengan filem terbaru iaitu ‘ Jidin Sengal’. Kali ini ia diarah oleh Nur Esmi Zahara Yusof. Diantara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Angah dan Along Raja Lawak, Jue Aziz, Faezah Elai dan juga Zack Diamond.

Filem ini telah berada di pawagam pada 22 Mac 2012.

Sinopsis

JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib.

Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”.

Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka. Berjayakah Jidin dan Bob tampil ke depan sebagai hero? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal? Semuanya akan terjawab dalam filem komedi “JIDIN SENGAL” yang telah berada di pawagam 22 Mac 2012.

[nggallery id=59]

Check Also

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *