Kak Engku ,Salih Yaakob dan Krill Bikin Kecoh Di Pasar Tani Putrajaya

IMG_0355

Pada hari Jumaat lalu,  Pasar Tani Putrajaya kecoh dengan kehadiran penyampai rancangan SINAR Pagi,  Kak Engku (Raja Azura), Abang Jem (Salih Yaakob) dan Krill (Khairil Rashid) untuk aktiviti Jualan Amal FAMA bersama SINAR fm, sempena ulang tahun FAMA yang ke-49.

IMG_0501

Jualan amal ini adalah bertujuan bagi mengumpul dana bagi 3 buah rumah dan badan kebajikan iaitu, Rumah Anak Yatim Al-Faiz Gombak, Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal KL dan Selangor, dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA).Kemeriahan acara jualan tersebut amat terasa apabila para penyampai bertungkus-lumus mempromosikan barangan jualan di gerai masing-masing dengan gelagat mereka yang semestinya mencuit hati dan menarik minat pengunjung pasar pada hari tersebut. Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk beramah-mesra bersama penyampai kegemaran mereka sambil turut membeli barangan yang dijual oleh penyampai untuk didermakan kepada badan kebajikan yang terlibat. Kak Engku, merupakan salah seorang penyampai yang sangat bersemangat membanting tulang menarik perhatian para pengunjung untuk mambeli barangan di gerainya. Aksi lucu Kak Engku dan Abang Jem yang bertujuan mencuri perhatian orang ramai untuk membeli barangan yang mereka jual, membuatkan pengunjung tidak berganjak dari lokasi tersebut.

IMG_0075

Ternyata, ketiga-tiga penyampai ini bukan sahaja sanggup menghabiskan masa mereka selepas menggalas tanggungjawab di konti radio setiap pagi, malah mereka juga turut melibatkan diri dalam melaksanakan aktiviti amal di sebelah petang.

IMG_0458

Acara jualan yang berlangsung dari jam 5 hingga 7 petang itu telah berjaya mengumpul sebanyak RM3600, dan semua hasil kutipan telah disumbangkan kepada rumah dan badan kebajikan yang terlibat.Turut hadir pada jualan amal tersebut , Abby Fana , Cik Piah (Feeya) dan lain-lain.

Check Also

Lovebites Kuala Lumpur bakal beraksi di Zepp KL pada 4 Oktober 2026.

LOVEBITES MENDARAT DI KUALA LUMPUR, TIKET KONSERT 60 PERATUS TERJUAL

KUALA LUMPUR – Kehangatan menjelang konsert Lovebites Kuala Lumpur semakin terasa apabila jualan tiket kini …

D'Otai Boyz memperkenalkan single baharu berjudul Sketsa bersama Farah Asikin SV.

D’OTAI BOYZ KEMBALI DENGAN “SKETSA” PENUH EMOSI

Selepas lebih sedekad mewarnai industri muzik tanah air, D’Otai Boyz kembali dengan single terbaharu berjudul …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *