Halim Othman, DJ Lin, Seri, Wan Ajaib, Zaff dari Suria FM dan Jeremy dari Red FM fokus menyanyi

KAMI LAH MALAYSIA

Halim Othman, DJ Lin, Seri, Wan Ajaib, Zaff dari Suria FM dan Jeremy dari Red FM fokus menyanyi

Pada 13 Mei 2013 ini, Suria FM tampil dengan ‘KAMI LAH MALAYSIA’ satu usaha untuk menyemarakkan rasa sayang diantara satu sama lain. Berganding bahu bersama dengan Red FM, Capital FM dan 98.8FM, kami yakin kempen ini dapat membantu menyemai muafakat yang sedia ada di dalam hati setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Sebagai sebuah stesen radio dengan jutaan pendengar, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada semua. Istimewanya 13 Mei ini, Suria FM akan memutarkan lagu-lagu perpaduan , rukun negara dan pelbagai pesanan khidmat masyarakat berbentuk perpaduan untuk dihayati oleh para pendengar. Lagu ‘Malaysia Kau Ku Cinta’ nyanyian Adibah Noor dan Dina Nadzir akan menjadi lagu rasmi bagi Suria FM pada hari Isnin ini. Lagu dendangan dua wanita bersuara lunak ini telah mula diperdengarkan kepada umum di Suria FM bermula 6 Mei yang lalu.

Bagi menyokong kempen ini, semua penyampai radio di bawah Star Radio Group akan menyanyikan lagu ‘Mulanya disini’ dengan gubahan lirik ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa melayu, bahasa mandarin, bahasa hokkien, bahasa iban, bahasa bidayuh dan sebagainya. Lagu ini akan diputarkan di keempat-empat radio. Disamping itu, jika sering keudara di Suria FM, penyampai radio segmen Ceria pagi Adibah Noor akan keudara di stesen radio berbahasa cina 98.8FM. Lebih menarik lagi, kesemua kakitangan termasuklah penyampai radio di bawah Star Radio Group akan memakai tshirt khas ‘Kami lahMalaysia’ untuk mendukung kempen ini.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Mari sambut usaha kami untuk meraikan perpaduan dengan penuh semangat kekitaan. Buanglah segala rasa prasangka dan ayuh bangkit sebagai rakyatMalaysiayang utuh. Kami satu bangsa, kami satu Negara. Kami lahMalaysia!

Check Also

Festival MotorManiac 2026 menghimpunkan budaya automotif, drift, muzik dan teknologi di MyTOWN Kuala Lumpur.

FESTIVAL MOTORMANIAC 2026 PACU ERA BAHARU BUDAYA AUTOMOTIF MALAYSIA

SHAH ALAM, 30 OGOS 2026 – Festival MotorManiac 2026 kembali dengan skala lebih besar menerusi …

1200 by 800 pixels

ZAIRITA AZLIN SHE FOR THE NATION, HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI SRI LANKA

COLOMBO – Nama Malaysia sekali lagi mendapat perhatian di pentas antarabangsa menerusi pencapaian Dato’ Dr. …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *