Komposer Datuk Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia

Penggiat seni dan komposer Datuk Adnan Abu Hassan meninggal dunia pada Jumaat selepas dimasukkan ke Unit Rawaran Rapi (ICU), Hospital Selayang, pada Khamis.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, Adnan, 57, meninggal dunia kira-kira pukul 2.15 pagi Jumaat akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah buah pinggang dan serangan angin ahmar.

Jenazah Allahyarjam akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah, Sungai Ramal, Kajang dekat sini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan pada Jumaat.

Adnan dimasukkan ke Hospital Selayang kira-kira pukul 2 pagi Khamis dan diberikan ubat tidur bagi membolehkan beliau berehat akibat keadaan buah pinggangnya lemah.

Dalam kerjaya seninya, Allahyarham banyak menghasilkan lagu artis-artis tempatan khususnya menaikkan nama Datuk Siti Nurhaliza dengan lagunya Jerat Percintaan.

Sumbangan besarnya dalam kerjaya seni turut membolehkan beliau diberikan penghargaan berupa Anugerah Wirama dalam Anugerah Industri Muzik ke 17 pada tahun 2010.

Keadaan Allahyarham semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan beliau jarang muncul di mana-mana majlis hiburan ini.

*Kredit Sumber – Malaysian Digest

Check Also

Spider Unplugged persembahan akustik di Megastar Arena Kuala Lumpur

SPIDER UNPLUGGED MENYENGAT DI MEGASTAR ARENA KUALA LUMPUR

Konsert Spider Unplugged di Megastar Arena Kuala Lumpur membuktikan kumpulan Spider masih berbisa selepas lebih …

Poster rasmi TOMORROW X TOGETHER WORLD TOUR di Kuala Lumpur, menampilkan lima ahli TXT dengan latar Axiata Arena.

TOMORROW X TOGETHER BAKAL GEGAR KUALA LUMPUR FEBRUARI INI!

Kuala Lumpur, 25 Oktober 2025 – Penantian peminat K-Pop akhirnya terjawab apabila kumpulan sensasi TOMORROW …

Leave a Reply