Komposer Datuk Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia

Penggiat seni dan komposer Datuk Adnan Abu Hassan meninggal dunia pada Jumaat selepas dimasukkan ke Unit Rawaran Rapi (ICU), Hospital Selayang, pada Khamis.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, Adnan, 57, meninggal dunia kira-kira pukul 2.15 pagi Jumaat akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah buah pinggang dan serangan angin ahmar.

Jenazah Allahyarjam akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah, Sungai Ramal, Kajang dekat sini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan pada Jumaat.

Adnan dimasukkan ke Hospital Selayang kira-kira pukul 2 pagi Khamis dan diberikan ubat tidur bagi membolehkan beliau berehat akibat keadaan buah pinggangnya lemah.

Dalam kerjaya seninya, Allahyarham banyak menghasilkan lagu artis-artis tempatan khususnya menaikkan nama Datuk Siti Nurhaliza dengan lagunya Jerat Percintaan.

Sumbangan besarnya dalam kerjaya seni turut membolehkan beliau diberikan penghargaan berupa Anugerah Wirama dalam Anugerah Industri Muzik ke 17 pada tahun 2010.

Keadaan Allahyarham semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan beliau jarang muncul di mana-mana majlis hiburan ini.

*Kredit Sumber – Malaysian Digest

Check Also

Bintang Suara MELILEA 2026 membuka peluang kepada bakat muda Malaysia.

BINTANG SUARA MELILEA 2026 BUKA PELUANG BAKAT MUDA KE INDUSTRI HIBURAN

KUALA LUMPUR – Generasi muda yang menyimpan impian dalam bidang nyanyian kini berpeluang melangkah lebih …

KamiSempoi Golden Award 2025 dan KamiSempoi Premier Academy angkat industri live streaming profesional.

KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2025 ANGKAT STANDARD LIVE STREAMING MALAYSIA

KUALA LUMPUR – KamiSempoi Golden Award 2025 kembali untuk tahun keempat bagi mengiktiraf pencapaian pencipta …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *