Konsert 2 Raksasa – Sweet Charity & Blues Gang

 

[media-credit name=”Sidang Akhbar Konsert 2 Raksasa” align=”aligncenter” width=”600″][/media-credit] 

Pada tahun 1984 yang lalu, dua kumpulan muzik lagenda, iaitu Sweet Charity dan Blues Gang pernah bergabung untuk menghiburkan peminat menerusi Konsert Raksasa di Stadium Merdeka. Kini mereka kembali lagi bersama berkongsi pentas di tempat yang sama pada 1 hb Oktober 2011 ini.

“Konsert ini lebih kepada konsep kekeluargaan kerana peminat Sweet Charity dan Blues Gang terdiri daripada pelbagai golongan dan anak muda yang mengenali lagu-lagu kami daripada ibu bapa mereka” Ujar Ramli Sarip.

“Memang kami menunggu masa yang lama, biar dapat buat satu konsert yang besar seperti yang dulu, malah kami semua tidak sabar lagi untuk menantikan tarikh keramat iaitu 1 hb Oktober nanti”. Ujar Ito pula.

Bagi peminat Sweet Charity dan juga Blues Gang bolehlah membeli tiket konsert yang berharga RM73.00 dengan melayari laman sesawang http://www.airasiaredtix.com atau menghubungi hotline 03-87754666. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman http://www.netzahproductions.com. Segala urusan promosi Konsert 2 Raksasa ini dijalankan oleh Mewah Event Management atau layari http://www.meportal.net selaku portal rasmi konsert tersebut.

Rujukan dari siaran akhbar oleh Netzah Production Sdn. Bhd.

[nggallery id=10]

 

Check Also

Festival MotorManiac 2026 menghimpunkan budaya automotif, drift, muzik dan teknologi di MyTOWN Kuala Lumpur.

FESTIVAL MOTORMANIAC 2026 PACU ERA BAHARU BUDAYA AUTOMOTIF MALAYSIA

SHAH ALAM, 30 OGOS 2026 – Festival MotorManiac 2026 kembali dengan skala lebih besar menerusi …

1200 by 800 pixels

ZAIRITA AZLIN SHE FOR THE NATION, HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI SRI LANKA

COLOMBO – Nama Malaysia sekali lagi mendapat perhatian di pentas antarabangsa menerusi pencapaian Dato’ Dr. …