KONSERT IJMAL CINTA RAMADAN 3.0 KEMBALI DENGAN 10 LAGENDA ERA 80AN DAN 90AN

Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 kembali dianjurkan selepas menerima sambutan menggalakkan daripada peminat sebelum ini. Program berkonsep hiburan dakwah ini bakal berlangsung pada 14 Mac 2026 di Saloma, Kuala Lumpur.

Penganjuran oleh HS Event & Ent Sdn Bhd dengan kerjasama Saloma ini dijangka menghimpunkan peminat muzik nostalgia sambil menghayati keberkatan bulan Ramadan melalui gabungan elemen hiburan dan ibadah.

Antara artis yang bakal membuat persembahan ialah Shima, To’Ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata dan The Rayhan.

Barisan artis Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 di Saloma Kuala Lumpur

HIBURAN DAKWAH JADI TARIKAN UTAMA

Menurut penganjur, konsep Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 bukan sekadar konsert biasa, sebaliknya menampilkan pendekatan hiburan yang diselitkan dengan nilai spiritual dan ketuhanan yang sesuai dengan suasana Ramadan.

Mubarak Akhtar berkata sambutan positif peminat terhadap penganjuran terdahulu menjadi antara faktor utama konsert ini kembali dianjurkan.

“Rata-rata peminat menyukai konsep hiburan dakwah yang cuba kami tampilkan sebelum ini. Persembahan yang dipersembahkan bukan sahaja menghiburkan, malah sarat dengan pengisian rohani,” katanya.

PENGISIAN IBADAH SEBELUM PERSEMBAHAN

Menariknya, Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 turut disusun dengan pelbagai aktiviti ibadah sebelum persembahan bermula.

Antaranya termasuk tadarus al-Quran dan tazkirah sebelum berbuka puasa, diikuti solat Maghrib secara berjemaah. Selepas solat Isyak dan tarawih selesai, barulah persembahan artis akan dimulakan.

Pendekatan ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mengisi malam Ramadan dengan aktiviti yang lebih bermakna.

Barisan artis Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 di Saloma Kuala Lumpur

10 ARTIS NOSTALGIA SEPENTAS

Mengulas mengenai pemilihan barisan artis, Mubarak mengakui pihaknya tidak menyangka ramai nama besar sudi menjayakan konsert ini.

“Saya percaya ramai teruja untuk melihat mereka beraksi, apatah lagi kebanyakan artis yang terlibat sudah mengukir perjalanan seni yang panjang serta memiliki peminat tersendiri,” katanya.

Gabungan artis daripada era 80-an dan 90-an ini dijangka mencetuskan nostalgia buat peminat muzik tempatan.

SEBAHAGIAN HASIL TIKET UNTUK KEBAJIKAN

Selain hiburan dan pengisian ibadah, konsert ini juga membawa misi kebajikan. Sebahagian hasil jualan tiket akan disalurkan bagi membantu golongan memerlukan.

Pihak penganjur menyasarkan sekurang-kurangnya 25 anak seni yang berdepan masalah kesihatan dan kewangan menerima bantuan menjelang Aidilfitri.

“Pemberian duit raya juga akan diberikan kepada anak-anak yatim yang diraikan dalam program ini,” kata Mubarak.

Menurut beliau lagi, usaha ini diharap dapat meringankan beban golongan tersebut serta membawa kegembiraan kepada mereka menjelang sambutan Syawal.

Check Also

Lebih 200 artis dan pemuzik hadir ke Konvensyen Pemuzik Karyawan 2026 bagi membincangkan isu royalti, AI dan hala tuju industri muzik negara.

KONVENSYEN PEMUZIK KARYAWAN 2026 BINCANG ROYALTI ARTIS, AI DAN MASA DEPAN INDUSTRI MUZIK

Lebih 200 artis, pemuzik dan penggiat industri muzik negara berkumpul di Restoran Saloma Kuala Lumpur …

Luqman Podolski mempromosikan single Ayah sempena Hari Bapa 2026

SINGLE “AYAH” ANGKAT REALITI KEHIDUPAN DALAM KARYA TERBAHARU LUQMAN PODOLSKI

Bersempena sambutan Hari Bapa yang diraikan pada 21 Jun 2026, Luqman Podolski tampil dengan karya …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *