KONSERT ROCK CARPARK 2026 BAKAL GEGARKAN ROOFTOP CAMPBELL KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR — Peminat muzik rock kapak bakal dihidangkan dengan satu pengalaman luar biasa apabila Konsert Rock Carpark 2026 dianjurkan pada 3 Januari 2026 bertempat di Rooftop Campbell, Kuala Lumpur. Konsert pembuka tirai tahun baharu ini dijangka menggamit nostalgia otai sambil menawan hati generasi muda dengan suasana segar dan konsep urban.

Acara ini dianjurkan oleh Nayla Network Sdn Bhd, penganjur acara baharu yang tampil dengan projek mega pertama mereka. Ilham konsert ini lahir daripada rasa rindu terhadap era gemilang muzik rock kapak, di samping memartabatkan semula budaya konsert carpark yang suatu ketika dulu menjadi nadi hiburan rakyat.

Menariknya, lokasi di Rooftop Campbell dipilih kerana simboliknya kepada memori rockers ‘melepak’ di sekitar Campbell — membeli CD, baju band, hinggalah berkumpul di parkir kereta. Kini, Campbell diangkat semula sebagai hab muzik dengan semangat baru.

Konsert ini menghimpunkan nama-nama besar seperti FTG, Wow Sofia dan Handy Black, dengan harapan membawa semula magis pentas besar yang dirindui ramai. Band-band muda juga diberi peluang membuka pentas, menjadikan Konsert Rock Carpark 2026 jambatan generasi antara otai dan bakat baru.

Dari segi promosi, pihak penganjur menekankan pendekatan moden dan ‘eye-catching’ agar relevan dengan cita rasa anak muda tanpa menjejaskan jiwa rock kapak asal. Nama Rock Carpark dipilih kerana merujuk sejarah konsert-konsert carpark di Malaysia yang unik dan ikonik — tempat anak muda berkumpul, jamming, lepak dan meraikan muzik rock.

Leftenan bersekutu(PA) Muhamad Najmi bin Abdul Rahim (Pengarah syarikat) dan Khairul Mustaqim bin Zainal (Pegawai eksekutif) Nayla Network Sdn Bhd.

Penganjur mensasarkan kehadiran 5,000 penonton di Rooftop Campbell. Tiket akan mula dijual Julai 2025 menerusi Ticket2U dan ejen terpilih, dengan tempoh jualan awal untuk memudahkan peminat merancang lebih awal.

“Kami mahu seluruh peminat rock — otai dan anak muda — turun padang, penuhkan venue dan raikan semula vibe rock carpark yang pernah jadi budaya hiburan rakyat. Kalau sambutan luar biasa, kami pertimbang tambah tarikh atau lokasi!” ujar penganjur.

Konsert Rock Carpark 2026 diharap bukan sekadar hiburan, malah diangkat sebagai khazanah budaya muzik Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan jualan tiket, ikuti Nayla Network Sdn Bhd di laman sosial rasmi dan platform tiket terpilih. Jangan lepaskan peluang jadi sebahagian daripada sejarah ini!

Check Also

Rosyam Nor dan Erra Fazira di acara ACGas Kuala Lumpur

ROSYAM NOR KEMBALI, ERRA FAZIRA TEGUR ISU MEDIA SOSIAL

Teguran peminat yang menyangka dirinya sudah bersara akhirnya menjadi “wake up call” buat Rosyam Nor …

Samsung Galaxy A57 5G, Galaxy A37 5G, Samsung Malaysia, telefon pintar 2026, AI smartphone

SAMSUNG GALAXY A57 5G RASMI DI MALAYSIA

Aura pelancaran penuh hype akhirnya tiba. Samsung Electronics secara rasmi telah melancarkan Samsung Galaxy A57 …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *