ROSSA GEMPARKAN JAKARTA DAN KUALA LUMPUR DENGAN KONSERT “HERE I AM”

KUALA LUMPUR, 14 JUN 2025 — Ratu Pop Indonesia, Datuk Seri Rossa, terus mengukir sejarah dengan menakluki 2 stadium di 2 negara menerusi konsert mega bertajuk “HERE I AM”. Selepas berjaya mencatat sold out dengan kehadiran lebih 12,000 penonton di Indonesia Arena, Jakarta, Rossa membuktikan popularitinya tetap ampuh apabila berjaya menarik lebih 10,000 penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil.

KONSERT “HERE I AM”

ROSSA HERE I AM di Jakarta menjadikan beliau penyanyi solo Indonesia pertama menjayakan konsert berskala stadium tertutup nasional dengan produksi pentas bertaraf antarabangsa. Sambutan hangat di Malaysia pula membuktikan Kuala Lumpur tetap menjadi ‘rumah kedua’ buat diva tersohor ini.

KONSERT “HERE I AM”

Tiket di Kuala Lumpur dijual dari RM288 hingga RM5,000, dengan kehadiran ramai artis dan VIP termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Bella Astillah, Melly Goeslaw, Ivan Gunawan dan Ruben Onsu. Momen paling manis apabila Rossa berduet spontan bersama Siti membawakan lagu popular Percayalah.

KONSERT “HERE I AM”

“Alhamdulillah akhirnya saya dapat kembali lagi ke Axiata Arena selepas 15 tahun. Malaysia memang selalu saya anggap sebagai rumah kedua. Kalian selalu terima saya macam keluarga,” ujar Rossa penuh syukur.

Sepanjang lebih 3 jam, Rossa menghiburkan penonton dengan lebih 30 lagu hits, diiringi penampilan istimewa bintang-bintang popular seperti Ariel, Ernie Zakri, MK K-Clique, Dipha Barus, Hael Husaini, Eka Gustiwana, serta bakat muda dari program Indonesian Idol & One in A Million Malaysia.

KONSERT “HERE I AM”

Istimewanya, Rossa juga mempersembahkan single terbaharu Serasa X Juwita bersama Dipha Barus dan debut eksklusif lagu Sinaran bersama MK K-Clique, bakal dimuatkan dalam album mini ASMARA DANSA.

KONSERT “HERE I AM”

Penampilan glamor Rossa turut mencuri tumpuan dengan 11 gaun eksklusif rekaan pereka terkemuka dari Indonesia dan Malaysia termasuk Adeline Ester dan Khoon Hooi, lengkap dengan kristal Swarovski, menaikkan lagi aura mewah pentas Here I Am.

KONSERT “HERE I AM”

Konsert ini dipersembahkan oleh Inspire Production, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Sah Entertainment, dengan lebih 180 tenaga produksi profesional diterbangkan khas dari Jakarta, selain sokongan pengkarya seni tempatan Malaysia.

“Here I Am adalah refleksi perjalanan seni saya selama 30 tahun. Saya mahu semua orang lebih menghargai diri, menerima diri tanpa rasa rendah diri, dan mencintai diri sendiri,” jelas Rossa.

Check Also

Luqman Podolski mempromosikan single Ayah sempena Hari Bapa 2026

SINGLE “AYAH” ANGKAT REALITI KEHIDUPAN DALAM KARYA TERBAHARU LUQMAN PODOLSKI

Bersempena sambutan Hari Bapa yang diraikan pada 21 Jun 2026, Luqman Podolski tampil dengan karya …

Ammar Haikal melancarkan single debut Gila Bayang

AMMAR HAIKAL LANCAR SINGLE DEBUT GILA BAYANG, CETUS FENOMENA AWAL DI TIKTOK

Penyanyi baharu Ammar Haikal secara rasmi melancarkan single debutnya berjudul Gila Bayang, sekali gus membuka …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *