KRU Kembali Dengan Single ‘Voodoo’ Yang Memukau

Kumpulan legenda industri muzik tanah air, KRU, menggemparkan peminat dengan pelancaran single pertama mereka, “Voodoo”, daripada album terbaru “Kaset” yang diumumkan bulan lalu. Single ini menandakan kebangkitan semula trio yang telah mewarnai industri hiburan Malaysia selama tiga dekad.

“Voodoo” memperlihatkan evolusi KRU sambil mengekalkan identiti muzik mereka yang distintif – gabungan mantap Pop Dance, Hip Hop dan R&B. Hasil ciptaan Norman, Yusry dan Edry, lagu ini bukan sahaja mempamerkan kematangan vokal kumpulan ini, malah turut menonjolkan kepakaran mereka dalam penerbitan muzik kontemporari. Liriknya mengisahkan tentang seorang lelaki yang terpesona dengan daya tarikan seorang wanita istimewa, disampaikan dengan persembahan yang menawan.

Lebih mengujakan, video muzik “Voodoo” membawakan dimensi baharu dalam industri muzik Malaysia dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI). KRU mencipta sejarah sebagai artis tempatan pertama yang menggunakan kembar digital (Digital Twin) dalam video muzik, mengisahkan “prequel” fiksyen tentang perjalanan kerjaya mereka sebelum pelancaran album pertama pada tahun 1992.

“Voodoo merupakan permulaan era baharu bagi kami selepas 6 tahun bertapa,” kata KRU. “Bukan sahaja ia menandakan kembalinya kami ke industri muzik, malah turut membuka lembaran baharu dalam penerbitan video muzik tempatan melalui penggunaan teknologi AI. Kami berharap lagu ini bukan sahaja akan mendapat sambutan peminat masa kini, tetapi juga menjadi pemangkin untuk ‘reunion’ istimewa bersama peminat di konsert ‘Kaset’ yang bakal berlangsung tahun hadapan.”

“Voodoo” kini boleh distrim di semua platform digital utama termasuk Apple Music, Deezer, KKBox dan Spotify. Video muziknya akan dapat ditonton di saluran YouTube krubros dalam masa terdekat. Peminat boleh mengikuti perkembangan terbaru KRU melalui akaun rasmi mereka di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

Check Also

Rosyam Nor dan Erra Fazira di acara ACGas Kuala Lumpur

ROSYAM NOR KEMBALI, ERRA FAZIRA TEGUR ISU MEDIA SOSIAL

Teguran peminat yang menyangka dirinya sudah bersara akhirnya menjadi “wake up call” buat Rosyam Nor …

Samsung Galaxy A57 5G, Galaxy A37 5G, Samsung Malaysia, telefon pintar 2026, AI smartphone

SAMSUNG GALAXY A57 5G RASMI DI MALAYSIA

Aura pelancaran penuh hype akhirnya tiba. Samsung Electronics secara rasmi telah melancarkan Samsung Galaxy A57 …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *