‘Lawak ke,Der?(Bila Hati Digeletek)’

‘Lawak ke,Der? (Bila hati Digeletek)’  adalah satu persembahan berkonsepkan ‘stand-up comedy’ yang menampilkan barisan pelawak terkenal negara iaitu Osborn,Boboi,Jozan dan Harith Iskander. Persembahan komedi “yang paling serius”  ini dibawakan oleh Istana Budaya dengan kerjasama NRG Enterprise Sdn Bhd.

Hujung minggu bulan Februari anda tidak  akan sia-sia jika anda bersama-sama memeriahkan persembahan ‘Lawak Ke,Der?’ ini. Tarikh persembahan adalah 3,4,5,10,11 dan 12 Februari 2012 bertempat di Lambang Sari,Istana Budaya.Osborn akan menghiburkan anda pada 2 tarikh terpilih iaitu 3 & 10 Februari sahaja.Jozan pula akan beraksi pada 4,5,11 & 12 Februari sahaja.Manakala Boboi,Harith Iskander dan nabil akan berada di setiap persembahan.

Harga tiket adalah RM53,RM73,RM123,RM203 dan RM353. Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.biz atau hubungi 03-41478600.

Check Also

Revenge of the Rats 2026 menampilkan Carburetor Dung, Naked Butterfly, Mutilation dan Projekt A.K.

REVENGE OF THE RATS 2026 KEMBALI HIDUPKAN NOSTALGIA MUZIK UNDERGROUND

KUALA LUMPUR  – Selepas lebih tiga dekad mencipta sejarah, Revenge of the Rats 2026 kembali …

Shah Sidious, Apek Tebabo! dan Abg Lampu berkongsi ilmu audio dalam Gear Nerds Meetup Vol. 3.

GEAR NERDS MEETUP SATUKAN OTAI MUZIK, KONGSI RAHSIA TONA GITAR

KUALA LUMPUR – Gear Nerds Meetup mempertemukan komuniti muzik menerusi perkongsian ilmu teknologi audio. Berlangsung …