Lisa Surihani & Yusry Jadi Cikgu Sekolah?

Pelakon Lisa Surihani mengakui kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan cabaran berganda jika dibandingkan dengan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru sandaran, sembilan tahun lepas.

Beliau dan suaminya, penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program ‘Teach For Malaysia (TFM) Week’ di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini, Isnin.Lisa berkata pengalamannya mengajar di sekolah itu membuatkan beliau lebih menghormati profesion guru.

“Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar.


“Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini,” katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam berada di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris.Selain kedua-dua artis itu, mereka yang mengambil bahagian dalam program anjuran TFM yang bermula hari ini sehingga 20 April ini mewakili sektor perniagaan, kewangan, perkhidmatan awam, pendidikan dan hiburan.
Mereka dijadualkan mengajar di sekolah kawasan Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling Perdana dan Hulu Langat di Selangor; Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur; dan Tampin, Jelebu serta Kuala Pilah di Negeri Sembilan.TFM adalah sebuah badan bebas bukan mencari keuntungan yang menyenaraikan bakal pemimpin masa depan Malaysia paling menyerlah dalam misinya untuk menghapuskan keadaan tidak saksama dalam bidang pendidikan.

Sejak Januari 2012, kohort pertamanya yang terdiri daripada 50 felo, menjadi pengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

TFM sedang mencari 70 lagi felo untuk kohort barunya bagi 2013.

Kredit Kpd Bernama

Check Also

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *