Malaysia Tourism Hunt 2013 Bakal Promosikan Destinasi Perlancongan Di Selatan Tanah Air

Seramai 108 orang peserta dalam dan luar negara bakal menyertai Malaysia Tourism Hunt 2013 mulai 22 hingga 28 September 2013 bermula di Putrajaya dan akan berakhir di Johor. Ia adalah anjuran kali kedua oleh Tourism Malaysia. Ia adalah salah satu rangka promosi untuk Visit Malaysia 2014.

Malaysia Tourism Hunt  ini adalah sebuah program yang berkonsepkan “Fly & Drive” yang menggabungkan pelbagai aktiviti eksplorasi pelancongan yang menyeronokkan seperti sukan rakyat, aktiviti lasak, pencarian harta karun dan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) berbentuk voluntourism. Program ini akan berlangsung selama enam hari lima malam yang merangkumi perjalanan sejauh 1000km melalui lebuh raya, laluan pelancongan serta kawasan perkampungan bagi menikmati keindahan alam semulajadi, mengenali sejarah dan budaya tempatan serta bermesra dengan penduduk tempatan.

DSC_0091

Para peserta terdiri daripada 80 wakil media tempatan, 10 wakil media asing dari pelbagai negara ASEAN, 5 wakil penggiat industri pelancongan tempatan serta 13 wakil rakan penaja bakal menempuh pelbagai cabaran serta merentasi destinasi-destinasi pelancongan di selatan tanah air  bermula dari Putrajaya melalui Sepang, Port Dickson, Melaka, Muar, Kluang, Nusajaya dan berakhir di Johor Bahru.Antara cabaran dan rintangan yang bakal dilalui olehh para peserta adalah photo hunt, scavenger hunt, amazing race, fear factor dan banyak lagi.

Majlis pelepasan peserta Malaysia Tourism Hunt 2013 akan diadakan pada 24 September 2013 di Putrajaya. Satu jalinan kerjasama dengan pihak media telah dibuat bersama Harian Metro selaku akhbar rasmi, majalah Gaya Travel selaku majalah pelancongan rasmi dan Gua.com sebagai portal rasmi program ini.

 

Check Also

Shah Sidious, Apek Tebabo! dan Abg Lampu berkongsi ilmu audio dalam Gear Nerds Meetup Vol. 3.

GEAR NERDS MEETUP SATUKAN OTAI MUZIK, KONGSI RAHSIA TONA GITAR

KUALA LUMPUR – Gear Nerds Meetup mempertemukan komuniti muzik menerusi perkongsian ilmu teknologi audio. Berlangsung …

JAILER 2 Malaysia menampilkan Superstar Rajinikanth menerusi edaran Malik Streams Corporation

JAILER 2 MALAYSIA BAWA KEMBALI KEHEBATAN SUPERSTAR RAJINIKANTH

KUALA LUMPUR – Filem JAILER 2 Malaysia kembali mencuri perhatian peminat sinema Tamil. Kemunculan semula …