Mariah Carey Ucap Selamat Hari Malaysia

Mariah Carey Ucap Selamat Hari Malaysia

Penyanyi Mariah Carey mencuri perhatian peminatnya di Malaysia apabila mengucapkan Selamat Hari Malaysia. Kekal Tabah. Jumpa di Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2014 menerusi akaun Facebook beliau.

Penyanyi paling laris dan popular ini akan hadir ke Malaysia bagi menjayakan konsert jelajah dunia Mariah Carey “The Elusive Chanteuse Show” Tour In Malaysia 2014 di Stadium Merdeka pada 22 Oktober jam 8 malam.

Kebetulan baru-baru ini peminat penyanyi bervokal mantap itu memberitahunya mengenai sambutan Hari Kebangsaan dan diva yang prihatin itu mengambil peluang itu untuk memberitahu betapa dia begitu merindui lebih 20,000 peminat yang pernah dihiburkannya ketika mengadakan konsert di sini sekitar 2004 yang disifatkan sebagai antara yang terbaik kerana kehangatan yang mereka berikan malam itu memberikannya semangat untuk menghasilkan persembahan terbaik.

Konsert Mariah Carey “The Elusive Chanteuse Show” Tour In Malaysia 2014 dianjurkan oleh IME Productions dan disokong oleh Malaysia Major Events sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

“Kami sangat teruja dengan konsert Mariah Carey yang bakal diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Oktober depan. Konsert “Mariah Live In Malaysia 2014”ini adalah antara usaha terbaik yang dapat menyumbang kepada kedatangan pelancong asing ke Malaysia, khususnya dari peminat-peminat serantau dan sekaligus menampilkan Malaysia sebagai sebuah destinasi percutian kegemaran di Asia Tenggara, lebih-lebih lagi tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Acara ini dijangka menarik lebih 3,000 peminat dari luar negara, dan dianggarkan meraih pulangan sebanyak RM15 juta. Justeru, Malaysia Major Events bersyukur kerana dapat memberi peluang istimewa kepada peminat-peminat Mariah Carey menyaksikan persembahan idola kesayangan serta mendengar nyanyian lagu kegemaran mereka,” kata pengurus besar Malaysia Major Events, Tony Nagamaiah.

Harga tiket yang dikenakan adalah RM680 untuk VVIP (tempat duduk bernombor), RM580 (tempat duduk bernombor), RM480 (tempat duduk bernombor), RM380 (tempat duduk bernombor), RM280 (tempat duduk bebas) dan RM120 (tempat duduk bebas).

Check Also

Lovebites Kuala Lumpur bakal beraksi di Zepp KL pada 4 Oktober 2026.

LOVEBITES MENDARAT DI KUALA LUMPUR, TIKET KONSERT 60 PERATUS TERJUAL

KUALA LUMPUR – Kehangatan menjelang konsert Lovebites Kuala Lumpur semakin terasa apabila jualan tiket kini …

D'Otai Boyz memperkenalkan single baharu berjudul Sketsa bersama Farah Asikin SV.

D’OTAI BOYZ KEMBALI DENGAN “SKETSA” PENUH EMOSI

Selepas lebih sedekad mewarnai industri muzik tanah air, D’Otai Boyz kembali dengan single terbaharu berjudul …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *