Filem MAT MOTO

Filem MAT MOTO | Tidak dinafikan, sudah banyak kisah mengenai permotoran yang telah diadaptasi ke layar perak. Kini, sebuah lagi filem bercorak permotoran yang dihasilkan berjudul Mat Moto dengan menggunakan tagline ‘Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit’.

Poster

Merupakan kolaborasi antara Pekin Ibrahim selaku Pengarah serta Syafiq Yusof yang bertindak sebagai Pengarah Bersama, filem terbitan Skop Production Sdn. Bhd., Viper Studios dan Fimtab Professional Film diterajui oleh Pekin dan Felisha Crossley.

DSC_7682

Bagaimanapun, Mat Moto juga turut menampilkan keunikan yang tersendiri apabila terdapat beberapa artis popular lain turut membintangi filem ini. Antaranya seperti Shaheizy Sam, Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Syamsul Yusof dan Kamarool Hj. Yusof.

DSC_9322

Mat Moto mengisahkan lelaki bernama AL yang juga merupakan seorang pemilik sebuah syarikat suntingan filem yang telah mengembara ke empat buah negeri untuk menunaikan hajat sahabatnya, Spark yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

DSC_9216

Hajat AL dalam pengembaraan tersebut adalah untuk memiliki 4 jenis helmet ‘rare’ yang amat berharga dan digilai oleh penggemar motosikal di tanah air.

Dalam masa yang sama Sikha, seorang pelajar praktikal di pejabat AL telah mengikutinya dalam pengembaraan AL untuk mencari keempat-empat helmet tersebut dan ketika itulah bermula bibit cinta diantara mereka.

DSC_7207

Malangnya, hubungan mereka terhalang disebabkan satu peristiwa yang dirahsiakan oleh Sikha.

DSC_9265

Apakah kesudahannya? Berjayakah mereka menamatkan pengembaraan untuk mencari helmet itu? Semuanya akan dapat disaksikan dalam filem Mat Moto yang akan ditayangkan di pawagam pada 14 Januari 2016.

 

Check Also

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …

Konspirasi kembali ke pawagam menerusi versi potongan khas arahan Ghaz Abu Bakar.

KONSPIRASI DIBERI NAFAS KEDUA, BAKAL KEMBALI KE PAWAGAM

KUALA LUMPUR, 16 SEPTEMBER 2026 – Filem aksi thriller politik tempatan, Konspirasi, bakal diberikan nafas …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *