Maya Karin Tampil Dengan Album Terbaru Teka Teki

Maya Karin_Teka-Teki_DigiPack

Siapa yang tidak kenal akan anak kacukan Jerman-Melayu yang jelita yang bernama Maya Karin. Kalau sebelum ini lagu ‘BINTANG SYURGA’ nyanyian Maya Karin yang muncul sebagai hadiah kepada peminat-peminat setia beliau ini telah didendangkan oleh Maya sendiri di Switzerland bersama-sama dengan penyanyi popular Switzerland iaitu Bastian Baker. Kini, Maya Karin tampil pula dengan album terbaru yang bertajuk TEKA-TEKI.

Album ini memuatkan 7 buah lagu seperti Bintang Syurga, Logika, Tersenyum, Teka-Teki, Titi Rahsia, Selamat Tinggal Cinta dan juga Hanya Sebentar.

Jika dulu single hit ‘ERTI CINTA’ lebih kepada melodi yang perlahan dan mendayu dayu, kini Maya Karin muncul dengan nafas baru dengan membuat perubahan dari sudut pembawaan lagu di dalam album ini. Para pendengar akan terbawa bawa akan muzik yang ditampilkan menerusi album ini dan mampu mengajak para pendengar untuk turut menyanyi bersama. Setiap bait lirik dengan iringan muzik yang disusun rapi ini mempersembahkan album ini dalam mood yang segar dan ceria. Suara Maya Karin juga boleh diklasifikasikan sebagai suara yang boleh membuat pendengar cair dengan nyanyiannya, ini kerana pembawakan lagu ini oleh beliau kedengaran sangat menarik dan sangat bersesuaian dengan dirinya.

Jangan lupa untuk dapatkan album ini yang telah mula dipasarkan pada hari ini iaitu pada 4 Mac 2014.

Kepada peminat setia Maya Karin, anda juga boleh menyaksikan sendiri muzik video lirik ‘Teka-Teki’ hanya di YouTube Warner Music Malaysia dan nantikan muzik video rasmi untuk lagu ini yang akan dirilis tidak lama lagi.

 

Check Also

TV AlHijrah dengan visual promosi program Ramadan dan Syawal 1447H/2026M

PROGRAM RAMADAN DAN SYAWAL TV ALHIJRAH PERKUKUH DAKWAH DIGITAL MELALUI LANGIT DAKWAH

Program Ramadan dan Syawal TV AlHijrah bagi 1447H/2026M tampil dengan rangka penyiaran yang lebih tersusun, …

Poster rasmi konsert Naykilla “CentyL in My Playground” di Zepp Kuala Lumpur pada 23 Mei 2026.

MALAM BINTANG, NAYKILLA DI ZEPP KUALA LUMPUR

Naykilla telah mengumumkan konsert “CentyL in My Playground” yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur …

Leave a Reply