NASYID FRIDAY MAHU HIDUPKAN SEMULA INDUSTRI NASYID

Ketika hiburan moden semakin mendominasi jiwa anak muda, sebuah gerakan baharu tampil membawa pendekatan berbeza menerusi projek Nasyid Friday yang mahu menghidupkan semula seni dakwah dalam bentuk lebih segar, moden dan dekat dengan generasi hari ini.

Diasaskan oleh Adnin Roslan menerusi Tarbiah Sentap, projek ini bakal berlangsung bermula Jun 2026 sehingga Januari 2027 dengan menampilkan karya baharu setiap hari Jumaat sebagai simbol keberkatan dan penyebaran mesej positif melalui seni.

GABUNGAN LAPAN PENYANYI DAN KUMPULAN NASYID

Projek Nasyid Friday menghimpunkan lapan nama dalam industri nasyid termasuk Adnin Roslan, Aniq Muhai, Aswan Anwar, One Path, Rabithah, Fetya, The Truth dan Autotune Band.

Adnin Roslan umum projek Nasyid Friday sebagai kebangkitan seni dakwah moden.

Mereka bakal menghasilkan karya-karya kerohanian yang memberi fokus kepada isu remaja, kehidupan dan dakwah moden dalam bentuk yang lebih relevan dengan gaya hidup anak muda masa kini.

Menurut Adnin Roslan, masyarakat sebenarnya masih cintakan karya yang mempunyai roh dan makna, namun pendekatan penyampaiannya perlu berubah mengikut peredaran zaman.

Beliau percaya dakwah juga perlu hadir dalam medium yang dekat dengan jiwa generasi muda seperti muzik, visual dan media sosial.

NASYID FRIDAY BUKAN SEKADAR HIBURAN

Selain menghasilkan lagu, projek ini turut merancang penerbitan sekitar 200 kandungan dakwah setiap bulan merangkumi video pendek, media sosial dan sketsa dakwah kreatif.

Sebanyak lapan sketsa dakwah juga akan diterbitkan setiap bulan bagi menyampaikan mesej Islam dalam bentuk lebih santai, mudah difahami dan dekat dengan masyarakat.

Adnin Roslan umum projek Nasyid Friday sebagai kebangkitan seni dakwah moden.

Kumpulan Fetya pula bakal membawa tema perjuangan Palestin menerusi karya mereka dalam projek tersebut. Mereka melihat Palestin sebagai simbol kebebasan, kekuatan iman dan perpaduan yang perlu terus diperjuangkan menerusi seni.

Dalam masa sama, kumpulan Rabithah berharap masyarakat dapat terus menyokong karya dakwah tempatan agar industri nasyid kembali berkembang dan mampu memberi kesan positif kepada generasi muda.

SAIFUL APEK TURUT SERTAI NASYID FRIDAY

Lebih menarik, projek Nasyid Friday turut mendapat sokongan beberapa selebriti tempatan termasuk Saiful Apek, Anas Tahir dan Alif Azhari yang bakal muncul sebagai artis jemputan dalam beberapa album terpilih.

Adnin turut menjelaskan bahawa seni bukan sesuatu yang asing dalam dakwah kerana sejarah perkembangan Islam di Alam Melayu juga berkembang melalui syair, qasidah dan penceritaan.

Adnin Roslan umum projek Nasyid Friday sebagai kebangkitan seni dakwah moden.

Justeru, beliau mahu membuktikan karya yang mengingatkan manusia kepada Tuhan juga mampu dihasilkan dengan kualiti tinggi, visual moden dan susunan muzik yang mampu menyentuh hati pendengar.

Dengan gabungan elemen muzik, media sosial dan dakwah kreatif, Nasyid Friday dilihat berpotensi menjadi titik kebangkitan baharu buat industri nasyid Malaysia selepas sekian lama tenggelam dalam arus hiburan moden.

Check Also

IKLIM, SYJ Giegiel dan Meditasi di Teruntum Rock Festival 2026

TERUNTUM ROCK FESTIVAL 2026 BAKAL GEGARKAN KUANTAN

Kuantan bakal menjadi tumpuan peminat muzik rock apabila Teruntum Rock Festival 2026 menghimpunkan barisan legenda …

Gegaran Warisan menampilkan Punisher, FOR, Sniperz dan Amir SYJ di Warisan Hall Studio.

GEGARAN WARISAN SATUKAN PUNISHER, FOR, SNIPERZ DAN AMIR SYJ DALAM SATU PENTAS

Peminat muzik rock dan metal tanah air bakal disajikan dengan sebuah persembahan yang menjanjikan pengalaman …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *