Neelofa Jawab Teguran Yusof Haslam Dalam Masa Terdekat – Pengurus

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja naam pelakon-pengacara jelita Neelofa sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dia dikatakan semakin lupa diri walaupun dirinya baru setahun jagung menceburi bidang seni.

Dalam laporan gosip sebuah akhbar kelmarin, perkara ini tercetus apabila Pengarah Urusan Skop Productions, Datuk Yusof Haslam mengeluarkan kenyataan ‘Jangan lupa diri’ ke atas Neelofa.

Yusof dikatakan bengang dengan sikap bekas juara Dewi Remaja itu yang tidak mahu memberikan kerjasama mempromosikan filem terbaru lakonannya, S.A.M (Saya Amat Mencintaimu) yang bakal menemui penonton pada 16 Ogos ini.

Menurut laporan itu juga, Neelofa dikatakan enggan turut serta mempromosikan filem terbabit kerana dia hanya memegang peranan kecil sahaja dalam filem arahan pengarah termuda negara, Syafiq Yusof itu.

Selain itu, Neelofa turut didakwa enggan menjawab atau melayan segala panggilan yang dibuat pihak Skop Productions terhadapnya sehingga menyusahkan mereka untuk berkomunikasi dengannya.

Sementara itu, memetik kenyataan di Sinar Harian, pengurus kepada aktres drama bersiri Kau Yang Terindahitu, Amir meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berikutan tersebarnya kenyataan Datuk Yusof Haslam itu.

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” katanya.

* credit mD

 

Check Also

Dewa 19 Padi Reborn bakal beraksi di Axiata Arena 6 Jun 2026

DEWA 19 PADI REBORN HIMPUNKAN BALADEWA & SOBAT PADI 6 JUN 2026

Dewa 19 Padi Reborn bakal mencipta sejarah baharu industri muzik tanah air pada 6 Jun …

Konsert Wali Live Kota Kinabalu bakal berlangsung di SICC Sabah

KONSERT WALI LIVE KOTA KINABALU 12 APRIL 2026 TEBUS KEKECEWAAN SABAH

Konsert Wali Live Kota Kinabalu akhirnya sah kembali ke Sabah. Selepas perancangan terdahulu tidak menjadi …

Leave a Reply